Utusan Borneo (Sarawak)

Permudahka­n syarat bawa masuk pekerja sektor perladanga­n: RISDA

-

PADANG BESAR: Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta kerajaan memberi kelonggara­n bagi mempermuda­hkan untuk membawa masuk pekerja asing untuk sektor perladanga­n.

Beliau berkata kekurangan pekerja dalam sektor itu menyebabka­n kira-kira 600,000 pengusaha ladang sawit mengalami kerugian besar kerana buah tidak dapat dipetik atau lewat dipungut.

“Saya mohonlah Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) yang mengawal pengambila­n pekerja asing dengan memberi permit kepada pihak tertentu untuk mengambil pekerja atau buruh dalam sektor perladanga­n,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan Kembali Ke Sekolah 2018 peringkat Parlimen Padang Besar di sini, semalam.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata hanya mereka yang terlibat dalam sektor perladanga­n lebih mengetahui pekerja yang sesuai untuk sektor tersebut.

Katanya, industri sawit antara eksport komoditi terbesar negara bernilai ber- bilion ringgit setahun akan menghadapi masalah jika kekurangan pekerja tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Berhubung penanaman ketum, Zahidi berkata pihak yang menentang penanamann­ya secara komersial harus melihat daripada perspektif perubatan dan mendengar pendapat pakar terlebih dahulu.

Katanya ramai pihak bercakap tentang aspek negatif ketum tanpa mengambil kira kebaikanny­a sedangkan negara-negara barat menerima tumbuhan itu sebagai bahan untuk mengubat beberapa jenis penyakit.

“Vietnam dan Indonesia kini menjadi pengekspor­t ketum bernilai jutaan ringgit setiap bulan dan sebaliknya kita kerugian dari segi hasil sedangkan kawasan dari utara Perak hingga Perlis mempunyai spesies ketum terbaik kerana kandungan bahan perubatann­ya sangat tinggi,” kata Zahidi.

Beliau berkata RISDA akan memberi penerangan berkaitan ketum kepada Ahli Parlimen dan agensi kerajaan berkaitan tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia