Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Kes Shafie, Isa Samad jadi tumpuan umum tahun ini

SPRM bongkar kes tanpa mengira latar belakang individu

-

KUALA LUMPUR: Kejayaan besar Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes rasuah berprofil tinggi di Sabah, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur sepanjang tahun ini, menjadi pencetus kepada agensi itu untuk membongkar lebih banyak kes berkaitan daripada pelbagai peringkat masyarakat.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang 2017, namun ia tidak menghalang SPRM untuk terus melaksanak­an tanggungja­wab membantera­s rasuah yang telah diisytihar­kan sebagai ‘musuh nombor satu negara’ tanpa mengira latar belakang individu.

Antara kes yang mendapat perhatian umum pada tahun ini adalah kes penyelewen­gan dana pembanguna­n luar bandar Sabah yang dianggar RM1.5 bilion, melibatkan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan adiknya Datuk Yusof Apdal.

Kes itu mendapat perhatian media apabila Yusof, 57, ditahan SPRM pada 17 Oktober bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selang dua hari kemudian, Mohd Shafie ditahan untuk kes sama selepas hadir memberi keterangan di SPRM Sabah.

Dengan penahanan Mohd Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seorang jurutera awam yang juga perunding sebuah syarikat, jumlah individu yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan isu dana Sabah kini berjumlah 11 orang.

Susulan daripada itu, Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony diminta hadir ke Putrajaya bagi membantu siasatan kes itu dan tidak lama kemudian, Ahli Parlimen Semporna Mohd Shafie dibebaskan pada 27 Oktober lepas, dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.

Perintah pembebasan Shafie dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas menden- gar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwany­a Faliq Basiruddin.

Turut mendapat perhatian ialah penahanan bekas pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang ditahan SPRM pada 15 Ogos lepas bagi membantu siasatan beberapa kes yang melibatkan isu pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporatio­n ( FIC) di Kensington, London dan Kuching, Sarawak pada 2014.

SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu, yang dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran sehingga menyebabka­n anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

Tidak terkecuali badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila SPRM menahan dua Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Jasin serta beberapa pegawai dan anggota mereka pada 16 Mei lepas kerana disyaki terlibat kegiatan rasuah melibatkan judi serta rumah urut haram yang berleluasa di sekitar Melaka.

Sementara itu, pada 25 Febuari lepas, enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam di Johor ditahan selepas dipercayai terlibat rasuah dan penyelewen­gan hartanah di negeri berkenaan.

Susulan penangkapa­n itu, 45 akaun milik suspek yang mengandung­i simpanan sekitar RM15.5 juta dibekukan, selain 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai termasuk mata wang asing berjumlah RM500,000 serta pelbagai dokumen dirampas bagi membantu siasatan.

Berikutan itu, pada 5 Mac lepas, SPRM menahan seorang anggota Exco kerajaan negeri itu, bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan penyelewen­gan hartanah di Johor.

Turut dirampas 150 beg tangan pelbagai jenama, sebuah kereta mewah jenis Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000 hasil geledah di rumah exco itu sebaik tangkapan dibuat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGALAMAN BAHARU: Murid-murid yang akan memasuki tahun satu sesi persekolah­an tahun 2018 merasai pengalaman pembelajar­an di dalam kelas pada Hari Orientasi dan Pendaftara­n Murid Prasekolah dan Tahun 1 Sesi Persekolah­an 2018 di Sekolah Kebangsaan...
— Gambar Bernama PENGALAMAN BAHARU: Murid-murid yang akan memasuki tahun satu sesi persekolah­an tahun 2018 merasai pengalaman pembelajar­an di dalam kelas pada Hari Orientasi dan Pendaftara­n Murid Prasekolah dan Tahun 1 Sesi Persekolah­an 2018 di Sekolah Kebangsaan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia