Utusan Borneo (Sarawak)

Guru berpakaian watak kisah dongeng ceriakan murid tahun satu

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 320 murid tahun satu pada sesi persekolah­an 2018 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) di sini teruja dan ceria apabila disambut oleh guru besar dan guru-guru yang berpakaian ala watak kisah dongeng pada sesi orientasi semalam.

Guru besar Nor Aizah Ismail mengenakan pakaian dan topi ahli sihir seperti watak dalam filem Harry Potter sementara ada guru wanita yang mengenakan gaun labuh berwarna pastel dan memakai mahkota bak puteri dalam kisah dongeng selain kelihatan juga guru yang memakai mahkota diperbuat daripada bunga.

Beliau dan guru-guru sekolah itu memilih untuk berpakaian mengikut watak dalam kisah dongeng bertujuan menimbulka­n perasaan ceria serta sentiasa bersemanga­t dalam kalangan muridmurid tahun satu untuk ke sekolah.

“Murid yang melangkah ke tahun satu sebenarnya mengalami peralihan dari alam bermain kepada alam persekolah­an. Sebelum ini mereka banyak menghabisk­an masa dengan menonton pelbagai cerita.

“Jadi dengan berpakaian begini murid-murid akan teringat watak-watak yang pernah mereka tonton, sekali gus membuatkan mereka tidak takut untuk ke sekolah, malah lebih yakin dan gembira,” katanya yang turut mengedarka­n kotak pensil berisi set alat tulis kepada murid-murid yang hadir.

Selain itu, Nor Aizah berkata jumlah murid tahun satu bagi sesi persekolah­an 2018 merupakan tertinggi yang pernah dicatatkan sekolah itu.

Pada sesi orientasi semalam ibu bapa yang menemani anak mereka diberikan taklimat dan buku teks, sementara murid- murid dibawa ke kantin untuk dilatih membeli makanan dan minuman dengan berbekalka­n RM3 setiap seorang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia