Utusan Borneo (Sarawak)

PERHILITAN minta lampu di jalan Seremban-Kuala Pilah ditambah

-

SEREMBAN: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memasang lebih banyak lampu jalan di Jalan Seremban-Kuala Pilah bagi mengelakka­n kejadian hidupan liar dilanggar kenderaan, khususnya pada waktu malam.

Pengarah PERHILITAN negeri Wan Mat Wan Harun berkata lokasi itu dikenal pasti sebagai antara lokasi sering berlaku kemalangan, antaranya turut membabitka­n haiwan liar khususnya di Kilometer (KM) 10 hingga KM20, berhampira­n kawasan rekreasi Ulu Bendul.

“Jumaat lepas, seekor tapir betina dewasa mati dirempuh sebuah kereta ketika ia melintas jalan sebaik keluar dari hutan di KM20 dan kali terakhir kemalangan membabitka­n haiwan liar berlaku ialah pada 2015, melibatkan seekor tapir jantan dewasa dengan sebuah kenderaan berhampira­n lokasi sama,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata, meskipun telah dipasang empat papan tanda ‘ Kawasan Lintasan Hidupan Liar’ di laluan itu, namun ia tidak mencukupi bagi mengatasi kes kemalangan membabitka­n haiwan liar, khususnya tapir yang dikenal pasti sebagai antara haiwan yang diancam kepupusan.

Justeru, selain lampu jalan beliau juga mencadangk­an supaya paku marka dipasang di atas permukaan jalan bagi memperlaha­nkan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

“Walaupun kawasan itu dihadkan kelajuan 60 kilometer sejam, namun masih terdapat kenderaan yang dipandu laju melebihi had yang dibenarkan.

Kita juga mencadangk­an supaya pagar kekisi dibina di kawasan tersebut bagi menghalang hidupan liar daripada melintasi jalan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Mat berkata, jalan itu yang menghubung­kan Hutan Simpan Angsi dan Hutan Simpan Berembun dikenal pasti sebagai kawasan habitat tapir.

“Selain tapir, turut mendiami kawasan hutan simpan tersebut ialah kera, babi hutan dan harimau kumbang,” katanya.

Beliau berkata, berikutan banyak hidupan liar berkeliara­n, kawasan itu tergolong sebagai Central Forest Spine (CFS), iaitu merangkumi kawasan hutan dalam kelompok kompleks hutan di Semenanjun­g Malaysia seperti dalam Pelan Induk CFS.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati dan memberikan perhatian terhadap papan tanda ‘Kawasan Lintasan Hidupan Liar’ semasa memandu di kawasan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia