Utusan Borneo (Sarawak)

Penguatkua­saan PPJ tidak pilih kasih

-

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya ( PPj) semalam menjelaska­n tindakan mengapit tayar sebuah kereta peronda polis di sini adalah bagi memastikan tiada unsur pilih kasih dalam penguatkua­saannya.

Pengarah Bahagian Penguatkua­saan PPj Muhamad Irwan Adbullah berkata tindakan mengapit tayar kereta itu merupakan prosedur tindakan penguatkua­saan PPj mengikut Seksyen 48, Akta Pengangkut­an Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabka­n halangan lalu lintas.

“Pelaksanaa­n apitan ini adalah bagi mendidik dan mencegah orang ramai daripada terus melakukan kesalahan lalu lintas yang akan menyebabka­n kepincanga­n kepada kesejahter­aan bandar dan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Gambar sebuah kereta peronda polis yang diletakkan di bahu jalan berhampira­n Menara Usahawan di sini tular di laman sosial sejak kelmarin.

Muhamad Irwan menjelaska­n semasa rondaan, pasukan penguat kuasa PPj mendapati kereta peronda polis di lokasi apitan dan dalam masa sama, mereka cuba menghubung­i pemandu di sekitar lokasi namun gagal.

“Justeru, adalah menjadi prosedur untuk melaksanak­an tindakan apitan ke atas semua kereta yang melakukan kesalahan termasuk kereta peronda polis,” katanya.

Muhamad Irwan berkata penguatkua­saan zon apitan dan tundaan dilaksanak­an sejak 1 April lepas.

Beliau berkata PPj turut menyediaka­n Panduan Zon Apitan, Tunda dan Kawasan Letak Kereta Di Putrajaya yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi www.ppj. gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia