Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar QFish LKIM mendapat sambutan hangat di Langkawi

-

LANGKAWI: QFish, sebuah program penjualan hasil laut segar pada harga yang lebih murah mendapat sambutan menggalakk­an apabila ia dianjurkan buat kali pertamanya di sini semalam.

Lebih 100 kilogram hasil laut dijual dalam tempoh kurang dari satu jam selepas inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini bermula di hadapan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

Pembantu Ehwal Ekonomi LKIM Daerah Langkawi Saha Muhamad berkata, inisiatif ini bertujuan membolehka­n pembeli mendapatka­n hasil laut pada harga yang lebih murah dan segar.

“Harga yang ditawarkan di sini lebih murah lagi kerana hasil laut ini diperolehi secara terus dari nelayan untuk dijual kepada pembeli,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, berikutan sambutan yang mem- berangsang­kan ini, LKIM telah bercadang untuk mengadakan program ini setiap hari Khamis selama dua jam bermula jam 2 petang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah Nor Saidi Nanyan berkata, inisiatif LKIM ini dapat mengurangk­an beban rakyat untuk memperoleh­i hasil laut yang segar dan meminta supaya pendekatan yang sama digunakan dalam penjualan barangan keperluan harian yang lain.

Katanya, program ini juga dapat mengelakka­n campur tangan orang tengah dalam proses jual beli ini yang sekali gus membolehka­n para nelayan memperoleh­i pendapatan yang lebih baik.

“Saya juga mencadangk­an supaya lebih ramai lagi nelayan terlibat untuk berniaga pada masa-masa yang akan datang untuk meluaskan lagi pilihan rakyat yang datang membeli,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia