Utusan Borneo (Sarawak)

Sterling pastikan The Citizens terus bermaharaj­alela City perbaiki rekod dengan kemenangan ke-18 berturut-turut selepas tewaskan Newcastle 1-0 di St James’ Park

-

NEWCASTLE, England: Manchester City kini memiliki kelebihan 15 mata di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris selepas gol Raheem Sterling memastikan kemenangan 1- 0 di Newcastle United Rabu lepas.

Skuad kendalian Pep Guardiola hampir pasti akan memenangi kejuaraan liga dengan memperbaik­i rekod liga untuk 18 kemenangan berturut- turut.

Gol minit ke- 31 itu juga memastikan City mengambil sepenuh peluang dari keputusan seri 2- 2 pasukan di tangga kedua, Manchester United ketika menentang Burnley pada perlawanan hari Selasa.

Satu- satu kelab dalam lima liga terbesar di Eropah yang mengharung­i tempoh kemenangan berturut-turut adalah Bayern Munich, 19 kemenangan berturut-turut ketika turut di bawah kendalian Guardiola pada musim 2013/ 2014.

City boleh menyamai rekod Bayern pada perlawanan menentang Crystal Palace pada 31 Disember ini.

City, yang juga belum tewas musim ini, menyamai rekod 11 kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan dalam liga elit di England, yang turut dicapai oleh Chelsea pada 2008.

Hanya Everton menghalang City mengutip mata maksima musim ini dengan Newcastle, yang bermain secara bertahan,

Kami melakukan segala-galanya tetapi ia sukar apabila pasukan lawan tidak mahu bermain bola sepak. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

kelihatan tidak mampu mengulangi kejayaan Everton apabila Sterling membuka jaringan.

Ia adalah gol keempat Sterling dalam tiga perlawanan dan gol tunggal itu ternyata satu kejutan besar bagi dua kelab yang memiliki jurang k u a l i t i y a n g sangat besar. Mereka mungkin mampu mendahului 5- 0 pada masa rehat ketika mencipta rekod 20 perlawanan tanpa kalah dalam liga secara berturut- turut ke atas Newcastle. Sergio Aguero juga boleh menjaringk­an hatrik sekiranya rembatan beliau tidak terkena palang dari satu umpanan Fernandinh­o. Aguero juga melihat satu t a n d u - kann y a d a r i tendangan p e r - cuma Kevin D e B r u -

yne, diselamatk­an penjaga gol Newcastle, Rob Elliot, namun beliau gagal menghalang City membuka jaringan apabila Sterling bertukar hantaran dengan De Bruyne sebelum melakukan penyudah.

“Kami melakukan segalagala­nya tetapi ia sukar apabila pasukan lawan tidak mahu bermain bola sepak,” kata Guardiola ketika memberitah­u penyiaran BBC dengan merujuk permainan negatif Newcastle.

“Mana- mana pengurus boleh menentukan apa corak permainan mereka. Saya lebih suka cuba bermain tetapi saya menghormat­i apa yang dilakukan oleh pasukan lawan dan kami harus cuba mencari ruang untuk menembusi pintu gol mereka.”

Newcast l e a d a m e n - gancam seketika u n t u k mencari gol peny a m a a n a p a b i l a pertahanan City, Kyle Walker tergelinci­r tetapi rakan pertahanan Walker, Nicolas Otamendi sempat menanduk keluar umpanan Rolan- do Aaron selepas melepasi garisan pintu gol. Ia satu- satu cubaan bahaya dari pasukan tuan rumah, dengan permainan b e r t a - han itu m e n y - umbang k e p a d a kekalahan kelima berturut-turut di tempat sendiri, rekod paling buruk kelab di St James’ Park sejak 64 tahun, menyebabka­n mereka hanya satu mata di atas zon penyingkir­an.

Kehilangan kapten City, Vincent Kompany pada awal permainan kerana kecederaan betis, ternyata satu- satu perkara positif buat Guardiola.

Beliau bagaimanap­un menarik nafas lega apabila seorang lagi pemainnya, Ilkay Gundogan tidak mengalami kecederaan serius selepas terjahan keras Jacob Murphy.

Selepas rehat, City mengekalka­n rentak yang sama tetapi dengan Newcastle bermain ala ‘meletak bas’ di hadapan pintu gol, City gagal menambah jaringan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? MENANG LAGI: Reaksi Guardiola ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan liga di St James’ Park, Newcastle Rabu lepas. Sterlingt (kanan) menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle dan City di...
— Gambar AFP — Gambar AFP MENANG LAGI: Reaksi Guardiola ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan liga di St James’ Park, Newcastle Rabu lepas. Sterlingt (kanan) menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle dan City di...
 ??  ?? TERUS UNGGUL:
TERUS UNGGUL:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia