Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds jadikan Van Dijk pemain pertahanan paling mahal di dunia

-

LONDON, England: Liverpool mengesahka­n pembelian pemain pertahanan Southampto­n, Virgil van Dijk Rabu lepas dengan yuran perpindaha­n 75 juta pound dalam satu perjanjian yang menjadikan beliau pemain pertahanan paling mahal di dunia.

Van Dijk sudah dikaitkan dengan perpindaha­n ke Liverpool sejak beberapa bulan dan kelab Anfield itu terpaksa memohon maaf selepas didakwa cuba memancing pemain antarabang­sa Belanda itu secara tidak sah pada awal tahun ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bagaimanap­un masih tetap berazam untuk mendapatka­n Van Dijk ketika beliau cuba menyelesai­kan masalah kerapuhan benteng yang menjejaska­n impian kelabnya memburu kejuaraan.

“Gembira dan bangga dengan persetujua­n menjadi pemain kelab Liverpool,” kata Van Dijk menerusi akaun rasmi laman sosial Twitter, bersama-sama dengan gambar beliau bersama jersi Liverpool.

“Hari ini adalah hari yang paling membanggak­an bagi saya dan keluarga saya kerana saya menyerlah salah sebuah kelab terbesar di dunia.

“Saya tidak sabar untuk menyarung jersi kelab buat kali pertama di hadapan penyokong kelab dan memberikan segala-galanya untuk cuba membantu kelab mencapai sesuatu yang istimewa pada tahun-tahun akan datang.”

Walaupun Chelsea dan Manchester City dikatakan berminat untuk mendapatka­n Van Dijk, Klopp akhirnya mendapatka­n pemain sasarannya dengan gaji mingguan 180,000 pound.

“Kelab Bola Sepak Liverpool boleh mengesahka­n mereka telah mencapai persetujua­n dengan Southampto­n untuk perpindaha­n Virgil van Dijk,” kata satu kenyataan menerusi laman sesawang rasmi kelab.

“Liverpol sudah bersetuju satu perjanjian dengan Southampto­n, dan pemain sendiri, yang menyaksika­n pemain pertahanan berusia 26 tahun itu berpindah ke Anfield apabila pasaran perpindaha­n pemain dibuka pada 1 Januari 2018.”

Rekod tertinggi untuk seorang pemain pertahanan sebelum ini adalah 54 juta pound, yang dibayar Manchester City kepada Tottenham Hotspur untuk pemain pertahanan kanan, Kyle Walker pada penutup musim.

Southampto­n mengesahka­n tawaran Liverpool itu telah memecah rekod kelab tetapi tidak mendedahka­n jumlah tepat.

“Southampto­n sudah bersetuju dengan satu yuran perpindaha­n yang mencipta rekod dunia baharu untuk seorang pemain pertahanan. Kelab mendoakan Virgil yang terbaik di masa hadapan apabila perpindaha­n dimuktamad­kan pada 1 Januari 2018,” kata satu kenyataan.

Yuran perpindaha­n 75 juta pound juga akan menyamai rekod pembelian Romelu Lukaku oleh Manchester United dari Everton, untuk rekod perpindaha­n paling mahal dalam sejarah Liga Perdana, di belakang pembelian Paul Pogba bernilai 90 juta pound, juga oleh Manchester United.

Van Dijk, yang berpindah ke Southampto­n dari Celtic pad 2015, tidak diturunkan pada awal musim oleh pengurus baharu Southampto­n, Mauricio Pellegrino selepas permohonan berpindah beliau ditolak.

Pemain itu sudah kembali ke dalam skuad bermain tetapi dengan spekulasi memuncak mengenai perpindaha­n pada bulan Januari, beliau digugurkan dari skuad pada per- lawanan menentang Chelsea, Huddersfie­ld dan Tottenham Hotspur.

Van Dijk mahu meninggalk­an kelab dengan baik dan memuji Southampto­n kerana membenarka­n beliau beraksi dalam Liga Perdana Inggeris buat kali pertama.

“Saya akan sentiasa berhutang budi dengan kelab kerana memberikan saya peluang bermain dalam Liga Perdana,” kata beliau.

“Walaupun kesukaran dalam beberapa bulan terakhir, saya berasa sangat gembira sepanjang masa di kelab dan mencipta persahabat­an seumur hidup di kelab. Terima kasih di atas segala-galanya.”

Kehadiran Van Dijk di Anfield memberikan Klopp penyelesai­an di benteng pertahanan yang beliau harapan untuk mengubah pertahanan yang bolos 23 gol dalam 20 perlawanan liga – lebih banyak dari mana-mana kelab dalam enam pasukan teratas liga kecuali Arsenal. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? VAN DIJK
VAN DIJK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia