Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola enggan terjerumus ke dalam perang mulut dengan Mourinho

-

NEWCASTLE, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, enggan terjerumus ke dalam perang mulut dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho selepas pasukannya mengekalka­n rentak untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris Rabu lepas.

City kini memiliki kelebihan 15 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat, United selepas Raheem Sterling menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika menewaskan Newcastle United dan memperbaik­i rekod liga dengan 18 kemenangan berturut-turut, kurang satu kemenangan untuk menyamai rekod Bayern Munich, yang dibimbing Guardiola sebelum ini.

Mourinho cuba memprovoka­si Guardiola Selasa lepas dengan menuding jari ke arah kekuatan kewangan City dengan mendakwa “City membeli pemain pertahanan pada harga pemain penyerang” dan menegaskan 300 juta pound yang beliau belanja sejak menjadi pengurus United 18 bulan yang lalu sebagai “tidak mencukupi”.

Mourinho membelanja­kan 93 juta pound untuk mendap- atkan pemain tengah antarabang­sa Perancis, Paul Pogba dari Juventus selain membeli pemain pertahanan, Eric Bailly (30 juta) dan seorang lagi pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan (26.3 juta).

Tahun ini, United membelanja­kan 75 juta untuk seorang penyerang, Romelu Lukaku, 31 juta untuk pemain pertahanan, Victor Lindelof dan 40 juta untuk pemain tengah, Nemanja Matic.

Secara perbanding­an, City membeli tiga pemain pertahanan – Kyle Walker dari Tottenham untuk yuran perpindaha­n awal 45 juta, Benjamin Mendy dari Monaco untuk 52 juta dan Danilo dari Real Madrid untuk 26.5 juta sebagai sebahagian dari perbelanja­an mengatasi 200 juta pound.

Apabila ditanya untuk mengulas komen Mourinho, Guardiola berkata: “Saya berasa sangat bangga untuk berada di sini untuk bercakap tentang apa yang berlaku dalam padang.

“Mengenai apa yang disuarakan oleh rakan sejawatan di luar padang pada satu sidang media, saya bukan orang yang tepat untuk menjawabny­a. Anda mahu bercakap ten- tang apa yang berlaku dalam padang hari ini, maka saya mempunyai jawatan.”

Guardiola perlu menunggu pemeriksaa­n lanjut ke atas kaptennya, Vincent Kompany, yang dikeluarka­n pada awal permainan kerana kecederaan berulang di bahagian betis.

City berdepan dengan lapan perlawanan dalam 34 hari sehingga Tahun Baharu dan Guardiola menambah: “Sudah tentu kami gembira untuk mencipta rekod tetapi apabila kami membuat persediaan untuk perlawanan, kami tidak bercakap mengenainy­a. Sehingga sekarang, kami menemui cara untuk mencipta kemenangan.

“Saya melihat jadual perlawanan di pejabat saya dan saya sebenarnya mahu melarikan diri kerana ia sangat teruk. Perlawanan yang kami harungi adalah sukar. Kami bermain semua perlawanan itu pada bulan Disember dan kemudian dalam bulan Januari, anda mempunyai Piala Liga dan Piala FA sebelum kembali ke Eropah (Liga Juara-Juara) pada bulan Februari.

“Ia adalah sukar tetapi ia juga sama dengan pasukan lain.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia