Utusan Borneo (Sarawak)

FMLLP bakal memperkena­lkan ‘Challenge Cup’ di dalam saingan Liga Malaysia 2018

-

SHAH ALAM: Perkongsia­n L i a b i l i t i T e r h a d Bola Sepak Malaysia ( FMLLP) bakal memperkena­lkan satu pertanding­an baharu di dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018 iaitu ‘Challenge Cup’.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FMLLP Kevin Ramalingam berkata ia bertujuan untuk memastikan setiap pasukan yang gagal melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia dapat bertanding sepanjang musim selain mampu memberi impak positif terhadap perkembang­an prestasi pasukan berkenaan.

Kevin berkata pelaksanaa­n pertanding­an itu juga dilihat mampu memberikan peluang kepada pemain muda yang sedang meningkat untuk terus menambah baik prestasi mereka menerusi jumlah perlawanan yang lebih banyak dalam satu musim.

‘Challenge Cup’ ini adalah satu perkara yang telah kita pertimbang­kan untuk menambah baik pasukan-pasukan yang tidak bertanding dalam Piala Malaysia. Secara teknikal dan komersial ini adalah satu perkara yang penting untuk jangka masa panjang sesebuah pasukan itu.

Tujuan kita hanya untuk memperbany­ak perlawanan kepada pasukan. Kita tidak boleh menghadapi situasi yang mana sebuah pasukan itu hanya bermain 22 ke 23 perlawanan semusim sahaja. Itu tidak sihat untuk pasukan itu sendiri dan juga kepada pemain yang sedang meningkat,’ katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Majlis Taklimat Pasukan Liga Malaysia 2018 di sini semalam.

Bagaimanap­un, Kevin berkata pelaksanaa­n ‘Challenge Cup’ itu masih di peringkat awal dan beberapa penilitian kerja masih lagi berjalan bagi memastikan objektif pelaksanaa­n pertanding­an itu tercapai.

“Kita masih lagi sedang memperhalu­si mekanisme ‘Challenge Cup’ ini kerana kita sedang meneliti kemungkina­n untuk turut memasukkan pasukan yang tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia ke dalam pertanding­an tersebut,” kata beliau. — Bernama

 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia