Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal tarik diri daripada kejohanan Antarabang­sa Brisbane, tapi bakal beraksi di Terbuka Australia

-

BRISBANE, Australia: Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, menarik diri dari kejohanan Antarabang­sa B r i s - b a n e k e r a n a k e c e d e r - aan lutut tetapi berkata beliau masih mahu bermain di Terbuka Australia, kejohanan Grand Slam pertama tahun hadapan.

Jaguh dari Sepanyol, yang belum bermain sejak tewas kepada David Goffin pada kejohanan akhir musim, Final Jelajah Dunia di London, dijadual memulakan musim baharu dengan pertanding­an di Brisbane hujung minggu ini tetapi sekarang mengesahka­n beliau tidak akan beraksi.

“Saya dengan dukacita mengumumka­n saya tidak akan ke Brisbane,” kata Nadal menerusi akaun rasmi laman sosial Twitter Khamis lepas.

“Hasrat saya ialah untuk bermain tetapi saya masih belum bersedia selepas satu musim yang panjang dan persediaan lewat saya.”

Tetapi Nadal berkata beliau masih merancang untuk bermain di Terbuka Australia, yang akan bermula pada 15 Januari di Melbourne.

“Saya akan berjumpa dengan peminat Australia apabila saya tiba pada 4 Januari di Melbourne dan memulakan persediaan untuk Terbuka Australia,” tambah beliau.

Laporan menimbulka­n rayuan tentang proses pemulihan kecederaan lutut kanan muncul minggu lepas apabila beliau menarik diri dari kejohanan pertunjuka­n di Abu Dhabi minggu ini dan mengambil rehat sekurang-kurangnya empat hari dari latihan.

Nadal, 31, mengharung­i tahun 2017 yang hebat dengan memenangi kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke- 10, kejuaraan ketiga di Terbuka Amerika dan menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Nadal juga memenangi dua kejuaraan Siri Master di Monte Carlo dan Madrid untuk menamatkan tahun ini dengan enam kejuaraan.

Beliau juga menduduki ranking nombor satu pada akhir tahun untuk kali keempat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia