Utusan Borneo (Sarawak)

Cutrone ledak gol kemenangan Milan pada masa kecederaan, berdepan Lazio di peringkat separuh akhir

-

MILAN, Itali: Pemain remaja, Patrick Cutrone, menjaringk­an gol sensasi dalam masa kecederaan untuk menyingkir­kan Inter Milan dari Piala Itali dan menempah perlawanan separuh akhir menentang Lazio Rabu lepas.

Pemain berusia 19 tahun itu menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke- 109 pada perlawanan di San Siro selepas kedudukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit perlawanan dan menempah perlawanan timbal- balik separuh akhir menentang Lazio, yang juga menewaskan Fiorentina 1- 0 pada perlawanan hari Selasa.

Kemenangan adalah satu kelegaan buat jurulatih baharu Milan, Gennaro Gattuso, yang mengaitkan perlawanan itu seperti “final Piala Dunia”.

“Dengan memikirkan semalam saya berada dalam Primavera ( pasukan remaja Milan), sekarang sorakan di San Siro dengan penonton luar biasa ini adalah sesuatu yang hebat sekali,” kata Cutrone, yang bagaimanap­un dilayangka­n kad kuning kerana menanggalk­an baju ketika meraikan golnya.

“Saya fikir kemenangan ini adalah sangat penting untuk moral pasukan, perlawanan dua kelab berjiran tidak dapat digambarka­n sebagai perlawanan biasa, tetapi sekarang kami menikmati kemenangan ini

Dengan memikirkan semalam saya berada dalam Primavera (pasukan remaja Milan), sekarang sorakan di San Siro dengan penonton luar biasa ini adalah sesuatu yang hebat sekali. Patrick Cutrone Pemain remaja AC Milan

dan mengalihka­n perhatian dari esok untuk perlawanan menentang Fiorentina.”

Milan memulakan perlawanan dengan berada di tangga ke- 11 dalam Serie A Itali, ketinggala­n jauh 21 mata di belakang pendahulu liga, Napoli dan ini bermakna Piala Itali dan Liga Europa, di mana mereka layak ke pusingan 32 akhir, adalah peluang terbaik untuk memenangi kejuaraan musim ini.

Tetapi ia adalah kekalahan ketiga berturut- turut buat Inter, yang berada di tangga ketiga liga, lima mata di belakang Napoli.

Skuad kendalian Luciano Spalletti itu hilang rentak selepas memulakan musim dengan memberangs­angkan dan memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Pordenone pada pusingan sebelum ini dalam Piala Itali.

Penjaga gol Milan, Antonio Donnarumma, membuat penampilan senior sulung bersama Milan dengan adiknya, Gianluigi Donnarumma dan Marco Storari mengalami kecederaan.

Dan pemain berusia 27 tahun itu – yang menyertai Milan pada musim panas lepas sebagai sebahagian dari rundingan untuk memperbaha­rui kontrak adiknya – bernasib baik dengan bantuan video pengadil ( VAR) pada separuh masa pertama selepas tertolak bola ke pintu golnya sendiri.

Inter menguasai permainan dalam separuh masa pertama tetapi Milan hampir membuka jaringan apabila tandukan Giancomo Bonaventur­a pada minit ke- 18 ditepis keluar penjaga gol Inter, Samir Handanovic.

Lima minit kemudian, Inter kelihatan membuka jaringan selepas tendangan Ivan Perisic dari satu tendangan sudut terkena Donarumma dan masuk ke pintu golnya sendiri tetapi VAR mengesahka­n Andrea Ranocchia berkeduduk­an ofsaid sebelum gol itu masuk.

Kapten Inter, Mauro Icardi juga mempunyai peluang untuk membuka jaringan tetapi rembatanny­a melambung tinggi.

Kedudukan terikat pada akhir 90 minit permainan dan menyebabka­n 30 minit masa tambahan dilangsung­kan untuk menentukan pemenang.

Cutrone muncul wira apabila menyempurn­akan hantaran lintang Suso untuk mengekalka­n harapan Milan memenangi kejuaraan Piala Itali yang keenam dan juga kejuaraan pertama kelab sejak 2003. — AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE
 ?? — Gambar AFP ?? BERANG: Spalletti menjerit ke arah pemainnya pada perlawanan di San Siro, Milan pada Rabu lepas.
— Gambar AFP BERANG: Spalletti menjerit ke arah pemainnya pada perlawanan di San Siro, Milan pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia