Utusan Borneo (Sarawak)

Mutko umum meletak jawatan sebagai pengerusi jawatankua­sa penganjura­n tempatan Piala Dunia 2018

-

MOSCOW, Rusia: Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko, yang digantung seumur hidup dari Sukan Olimpik bulan ini kerana kesalahan dadah, berkata Rabu lepas di mana beliau meletak jawatan sebagai pengerusi jawatankua­sa penganjur tempatan Piala Dunia 2018.

“(Pengarah jawatankua­sa penganjur, Alexei) Sorokin akan menjadi pengerusi,” menurut Mutko, yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Rusia, dua hari selepas menggantun­g tugas beliau sendiri sebagai Presiden Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU).

“Beliau adalah ketua jawatankua­sa penganjura­n bermula hari ini,” kata Mutko.

Sorokin, 45, pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif RFU di antara 2008 hingga 2010 dan menyelia bidaan Piala Dunia 2018 Rusia sejak 2009.

“Beliau akan berinterak­si dengan FIFA (badan induk bola sepak dunia. Saya akan memberikan berikan tumpuan kepada pada tugas-tugas dalam alam kerajaan,” kata a Mutko. “Masih ada a banyak kerja perlu u dilakukan tetapi saya pasti segala- galanya nya akan bersedia pada da masanya.

“K a m i menjangkak­an pada 30 Mei untuk memenuhi semua tanggungja­wab yang diberikan oleh FIFA.”

Mutko mengumumka­n rancangan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) Isnin lepas untuk hukuman penggantun­gan seumur hidup dari Sukan Olimpik dan akan menggantun­g tugas beliau dalam RFU sepanjang proses rayuan itu.

Ketika itu beliau berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai ketua penyelaras persediaan untuk Piala Dunia Rusia melainkan diarahkan oleh kepimpinan Rusia untuk melepaskan jawatan.

Keputusan beliau meletak jawatan dibuat selepas satu pertemuan dengan majlis penyelaras kerajaan Rusia untuk persediaan Piala Dunia, yang turut dipengerus­ikan oleh Mutko. Jawatanku Jawatankua­sa penganjura­n Rus Rusia 2018 berkata dala dalam satu kenyataan di mana “pertukaran kepimpinan tidak ak akan memberi kesan kep kepada proses persediaan untuk kejohanan duni dunia”.

Mutko akan “terus menyelia persediaan di peringkat per negeri... dan menyelaras pembinaan infrastruk­tur perlu dalam tugas beliau sebagai timbalan perdana menteri,” kata kenyataan. — AFP

 ??  ?? BERUNDUR: Mutko bercakap pada sidang media di Moscow, Rusia baru-baru ini.
BERUNDUR: Mutko bercakap pada sidang media di Moscow, Rusia baru-baru ini.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia