Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe dedah adakan rundingan dengan Real sebelum sertai PSG

-

MADRID, Sepanyol: Penyerang remaja antarabang­sa Perancis, Kylian Mbappe, mendedahka­n beliau ada mengadakan rundingan dengan kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid sebelum menyertai Paris Saint Germain (PSG) tetapi sekarang tidak mempunyai impian untuk menyertai juara Eropah itu.

Mbappe dilaporkan menjadi buruan Real selepas membantu Monaco memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis yang pertama dalam tempoh 17 tahun musim lepas tetapi sebaliknya menyertai PSG pada bulan Ogos dengan kontrak pinjaman dengan pilihan untuk pembelian tetap bernilai 180 juta euro pada musim hadapan.

“Ada banyak khabar angin perpindaha­n, ia benar kami ada berbincang tetapi saya fikir ia sudah menjadi sejarah bagi saya dan juga Real Madrid.

“Saya bermain untuk PSG sekarang dan saya akan mempertaha­nkan jersi ini sepenuhnya,” kata beliau dalam satu temu bual yang dikeluarka­n dalam akhbar sukan harian Sepanyol, Marca.

M b a p p e , y a n g mencecah usia 19 tahun minggu lepas, berkata beliau mahu bermain untuk PSG kerana Paris adalah bandar kelahirann­ya.

“Ia seperti seorang kanak- kanak dari Madrid mempunyai peluang untuk bermain bersama Real Madrid dan pergi ke tempat lain, negara lain. Tidak, saya mahu bermain untuk PSG dan saya gembira dengan apa yang berlaku sekarang,” tambah beliau.

Mbappe berada di tempat ketujuh di belakang Cristiano Ronaldo dalam undian untuk anugerah Ballon d’Or atau pemain terbaik dunia – di hadapan pemain seperti Robert L e w a n d o w s k i , Harry Kane dan rakan sekelabnya, Edinson Cavani. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia