Utusan Borneo (Sarawak)

SABA rancang membawa satu lagi kejohanan antarabang­sa ke Sarawak

-

KUCHING: Selepas kejayaan penganjura­n tiga edisi Kejohanan Tinju Golden Gloves Kebangsaan Edisi Ke3, Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) merancang untuk membawa satu lagi kejohanan bertaraf antarabang­sa ke sini.

Perkara itu didedahkan Presiden SABA Datuk Rahman Lariwoo sambil menambah, Kuching akan menjadi lokasi penganjura­n kejohanan itu nanti.

“Kejayaan penganjura­n Kejohanan Tinju Kebangsaan Golden Glove memberi kami keyakinan untuk menganjurk­an kejohanan bertaraf antarabang­sa di sini.

“Kita masih belum menetapkan tarikh sebenar namun yang pasti ia akan diadakan di Kuching,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurut Rahman, SABA tidak mahu ketinggala­n menyahut seruan kerajaan negeri dalam mempromosi sektor pelanconga­n sukan dan melalui penganjura­n kejohanan itu beliau yakin ramai pelancong luar terdiri daripada petinju, kru dan penyokong akan datang ke Sarawak.

Katanya, kejohanan itu juga akan menjadi platform pendedahan terbaik kepada petinju-petinju negeri lebihlebih lagi dalam persiapan Sarawak menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Menjelas mengenai SUKMA, Rahman berkata SABA juga merancang mengadakan Kejohanan Tinju Piala Presiden dijadual pada Mac 2018.

Katanya, kejohanan itu akan membabitka­n petinju dari semua pusat latihan di Sarawak iaitu di Kuching, Asajaya, Miri, Tatau, Kapit, Saratok, Betong dan Sri Aman.

“Kejohanan ini akan menjadi medan pemilihan petinju untuk mewakili Sarawak pada SUKMA 2018.

“Kami belum menetapkan venue pertanding­an namun kemungkina­n besar ia akan diadakan di Betong atau Sri Aman,” katanya.

Menurut Rahman, petinju yang telah dipilih akan dibawa menjalani latihan intensif di luar negara sebulan sebelum SUKMA bermula dengan Filipina mungkin menjadi destinasi pusat latihan.

 ??  ?? RAHMAN LARIWOO
RAHMAN LARIWOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia