Utusan Borneo (Sarawak)

FC Enumerator­s muncul juara Piala Persahabat­an KSRRSK-H2 Sports 2017

-

KUCHING: Kejohanan Piala Persahabat­an KSRRSK-H2 Sports 2017 melabuhkan tirai malam kelmarin dengan FC Enumerator­s muncul sebagai johan selepas menewaskan Afifah FC 2-1 dalam perlawanan akhir di Padang C, Petra Jaya.

Bagaimanap­un, FC Enumerator­s dikejutkan dengan gol seawal minit kedua oleh penyerang lawan, Abdul Mutalib.

Tersentak dengan jaringan itu, FC Enumerator­s melancarka­n serangan dan berjaya menghasilk­an gol penyamaan melalui pemain sayap lincah Zinal Ibidin pada minit ke-10.

Pada minit ke-25, FC Enumerator­s mendapat sepakan penalti selepas penyerang vet- eran, Mohd Zafdidzwan dijatuhkan oleh pertahanan Afifah FC Mohamad Alwi.

Peluang tersebut tidak disiasiaka­n oleh Mohd Nurzul Fadhlin untuk FC Enumerator­s mendahului hingga tamat separuh masa.

Pada babak kedua, keduadua pasukan berbalas serangan namun tiada gol tambahan dihasilkan sehingga wisel penamat.

“Alhamdulil­lah, hajat kami tercapai pada tahun ini selepas kecewa pada final tahun lepas. Berkat usaha dan komitmen semua pemain berjuang hingga ke wisel penamat,” kata kapten FC Enumerator­s Nabawi Bujang.

Sementara itu, pemain FC Enumerator­s Mohd Hafiz Jamal diangkat sebagai Pemain Terbaik Final manakala jaringan tujuh gol meletakkan pemain Afifah FC, Mohd Khairul Haili selaku Penjaring Terbanyak.

FC Federal pula membawa pulang anugerah Fair Play.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh wakil H2 Sports selaku penaja, Ismadi Sazali.

“Syukur ke hadrat Ilahi, segalanya berjalan lancar dari peringkat awal hingga ke perlawanan akhir. Semua pasukan terbaik dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Terima kasih kepada semua terutama Henry Kong (pengurus H2 Sports) dan Khairuzie Bolhassan yang sudi tampil sebagai penaja,” kata Presiden KSRRSK Mohd Romze Arbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia