Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet muda perlu diberi lebih banyak peluang bertanding: Tunku Imran

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada pembanguna­n sukan masing-masing di peringkat akar umbi harus memberi peluang secukupnya kepada atlet muda mereka untuk bertanding dalam sesuatu kejohanan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata ia adalah penting bagi atlet muda menimba pengalaman yang berguna dan mendapat latihan terbaik demi masa depan sukan di Malaysia.

“Tahun depan merupakan tempoh yang amat sibuk bagi sukan di negara ini dengan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April dan Sukan Asia ke-18 Jakarta-Palembang pada Ogos.

‘Malaysia juga mencatat sejarah dengan kelayakan Julian Yee dalam acara luncur ais pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChan­g, Korea Selatan pada Februari. Memang ia merupakan tahun yang sibuk dan pada amnya tahun yang amat bermakna, dengan semua persatuan sukan terus berusaha keras meningkatk­an tahap bagi sukan masing-masing,” katanya dalam perutusan akhir tahun, di sini semalam.

Menurut Tunku Imran, semua persatuan sukan perlu berusaha lebih keras dan berdikari dan mengikuti era profession­al bagi memastikan organisasi mereka diurus dengan baik dan mengambil kira kepentinga­n para atlet.

Tunku Imran berkata ke- jayaan atlet Malaysia di Sukan SEA ke-29 adalah platform terbaik bagi meningkat dan mencapai matlamat yang lebih tinggi di peringkat Asia dan dunia.

“Saya mesti mengucapka­n tahniah kepada semua pihak kerana menjadikan sukan ini satu kejayaan besar bermula dari Kementeria­n Belia dan Sukan yang diketuai Khairy Jamaluddin, yang juga pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia