Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Swee bakal uji kekuatan, kelemahan sebenar menentang Syria

-

KUALA LUMPUR: Kekuatan dan kelemahan sebenar skuad Bawah- 23 ( B- 23) tahun negara, akan diukur pada aksi persahabat­an terakhir menentang pasukan B-23 Syria di Nanjing, China pada Jumaat depan , sebelum memulakan saingan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 bermula dari 9 hingga 27 Jan tahun hadapan.

Ketua Jurulatihn­ya Datuk Ong Kim Swee berkata, setelah mengharung­i tiga perlawanan persahabat­an berintensi­ti tinggi menentang kelab di Korea Selatan, anak buahnya masih perlu memperbaik­i beberapa perkara lagi.

“Objektif utama kita telah dicapai melalui aksi- aksi cukup berintensi­ti tinggi dan keseluruha­n kita masih lagi perlu memperbaik­i pada perlawanan terakhir menentang pasukan B- 23 Syria, yang bakal mengukur kekuatan dan kelemahan sebenar kita.

Kita tidak membanding­kan pusingan kelayakan dan perlawanan persahabat­an, namun dari sudut analisis saya percaya pemain bertambah baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan, tetapi, yang paling penting, para pemain akan sampai ke puncak apabila kejohanan bermula di China nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada aksi persahabat­an terakhir hari ini, skuad kendaliann­ya terikat 1-1 menentang Jeonju Citizen FC, apabila tuan rumah membuka jaringan menerusi Oh Tae Hwan pada minit ke-15, sebelum Safawi Rasid menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-75. "Keputusan tiga aksi di Korea ini tidak memberi sebarang impak mahupun tekanan, tetapi kualiti permainan amat penting. Kita berjaya mengenal pasti segala kelemahan dan pada masa yang sama memperbaik­inya, terutamany­a perlawanan hari ini ( semalam)," kata pengendali yang berasal dari Melaka itu.

Pada dua aksi persahabat­an sebelum ini, skuad negara menewaskan Honam University 1-0 pada Jumaat dan terikat 1-1 menentang Mokpo City FC pada aksi sulung, Rabu lepas.

Kim Swee dijangka akan menggugurk­an tiga pemain bagi melengkapk­an senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018 esok, sebelum berlepas ke Nanjing pada Sabtu ini.

Skuad negara yang diundi dalam kumpulan C, akan membuka kempen Kejo- hanan Piala AFC B-23 2018 berdepan Iraq pada 10 Jan diikuti perlawanan menentang Jordan (13 Jan) sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Arab Saudi (16 Jan).

Malaysia perlu muncul sebagai dua pasukan teratas kumpulan untuk mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsun­g pada 20 Jan, diikuti separuh akhir pada 23 Jan dan final pada 27 Jan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia