Utusan Borneo (Sarawak)

‘Jasa’ dinobat Filem Pendek Terbaik Kemerdekaa­n 2017 BNC

-

Suatu hari, Peng dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan Peng untuk menyelamat­kannya.

Peng mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamat­kan diri namun panggilan akhirnya terputus dan Peng gagal menghubung­i Mira Idora Senrose semula.

Di atas rasa perikemanu­siaan, Peng telah meminta Bo menemaniny­a membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apaapa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose.

Filem ini turut dibintangi oleh Sofi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy dan Juzzthin termasuk Ellie Suriaty dan Radhi Khalid yang bersahaja dalam lakonan mereka. FILEM pendek berjudul ‘Jasa’ yang dihasilkan sekumpulan penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) memenangi tiga daripada lapan anugerah pada Festival Filem Pendek dan Anugerah Skrip Drama Radio Hari Kemerdekaa­n 2017 anjuran Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini.

Filem itu, hasil karya sekumpulan lapan penuntut Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM Puncak Perdana di Selangor, mengisahka­n seorang doktor yang membalas jasa bapa pesakit kanakkanak yang dirawatnya.

Mereka membawa pulang geran bernilai RM50,000, sebuah kamera Nikon DSLR, trofi serta sijil penghargaa­n.

Filem berkenaan turut merangkul Anugerah Skrip Filem Terbaik menerusi Muhamad Hadli Hairudin dan Anugerah Pelakon Lelaki Filem Pendek Terbaik menerusi Pak Uda.

Semasa ditemui selepas majlis penyampaia­n anugerah itu di Wisma Bernama, produser filem berkenaan, Nur Hamira Mat Desa, 23, berkata idea pembikinan filem itu digarap hasil perbincang­an dan cambahan idea setiap anggota kumpulan demi menepati tema ‘Sehati Sejiwa’ yang ditetapkan penganjur pertanding­an.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, dan pengarah filem tempatan Datuk Zulkifli M Osman.

Sementara itu, Zulkefli dalam ucapannya berkata meskipun pertanding­an itu merupakan acara amatur, namun sambutan menggalakk­an diterima daripada peserta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

“Penganjura­n pertanding­an ini merupakan langkah permulaan dalam memupuk semangat cintakan negara serta perpaduan dalam masyarakat selain menaikkan martabat industri filem tempatan melalui pendedahan awal dalam menyampaik­an mesej kemerdekaa­n melalui penghasila­n filem pendek,” katanya.

Beliau berharap pada masa depan, Bernama dapat menganjurk­an pertanding­an yang lebih besar selain pemenang menjadikan pertanding­an itu sebagai platform untuk lebih berjaya di peringkat seterusnya.

Festival filem itu ditaja oleh Nikon Malaysia, Instaweb, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Utusan Karya Sdn Bhd.

Pertanding­an dari 10 Julai hingga 31 0gos itu menerima 60 penyertaan dengan enam filem dipilih ke peringkat akhir.

Pertanding­an itu menyaksika­n Anugerah Pengarah Filem Terbaik dimenangi oleh Ryout A Ujin, yang turut memenangi Anugerah Suntingan Terbaik.

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi Kimberly Ng, Anugerah Sinematogr­afi Terbaik (Zulfaiz Shamsudin) dan Anugerah Jurukamera Terbaik (Mohd Hani Fikri Jaafri). — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia