Utusan Borneo (Sarawak)

Protes kematian pelombong berterusan di timur Maghribi

-

JERADA: Ribuan penunjuk perasaan di timur laut Maghribi kelmarin menuntut pekerjaan dan pembanguna­n pada hari keempat protes besar-besaran sejak dua pelombong maut dalam sebuah terowong arang batu yang ditutup.

“Tidak kepada peminggira­n,” laung kebanyakan penunjuk perasaan muda di dataran utama bandar mundur Jerada.

Pada Jumaat lepas, dua adik beradik lelaki maut dalam satu nahas terowong 85 meter di bawah tanah, yang mencetuska­n kemarahan penduduk berhubung apa yang mereka anggap sebagai pengabaian kerajaan.

“Kami meminta kerajaan mencari penyelesai­an kepada masalah kami, penganggur­an, bil air dan elektrik yang terlalu tinggi,” kata salah seorang penunjuk perasaan berusia 23 tahun.

“Orang muda turun ke dalam lombong kerana mereka tidak ada pilihan lain.

“Kami meminta pihak berkuasa mencari alternatif bagi kami,” katanya.

Bagaimanap­un lembaga air dan elektrik negara pada minggu ini berkata, bil elektrik di wilayah Jerada dikira dengan cara yang sama seperti di bahagian lain di Maghribi.

Lombong berkenaan merupakan sumber ekonomi di Jerada, yang mengambil kira-kira 9,000 pekerja, sebelum ia ditutup pada hujung zaman 1990an.

Sejak itu ribuan penduduk sudah meninggalk­an bandar itu dan populasi sudah jatuh daripada 60,000 kepada kurang 45,000 orang.

Namun ratusan penduduk masih menggadai nyawa dan penyakit paru-paru untuk mencari arang batu secara haram.

Kelmarin penunjuk perasaan, kebanyakan­nya membawa bendera Maghribi, menuduh pegawai tempatan membeli arang batu pada hari sangat rendah daripada mereka yang melombong secara haram untuk menjualnya semula dengan keuntungan besar.

Penunjuk perasaan mendakwa pegawai tersebut berbuat demikian walaupun memiliki permit melombong arang batu.

Menteri Tenaga dan Lombong Aziz Rebbah memberitah­u, kementeria­n itu akan menarik balik sebarang permit penerokaan atau cari gali jika terdapat kes melanggar peraturan atau kesalahan.

Pihak berkuasa menarik balik lebih 1,400 permit di seluruh negara pada 2017, katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia