Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi ‘moonwalk’ polis trafik tarik perhatian

-

INDORE: Beliau mendapat inspirasi daripada Bollywood dan memiliki misai ala Freddie Mercury, tetapi apa yang menarik perhatian adalah tarian Michael Jackson oleh anggota polis trafik Ranjeet Singh di jalan sibuk India.

Orang ramai memberi perhatian dan pemandu sentiasa teruja melihat anggota polis berusia 38 tahun itu melakukan tarian ‘moonwalk’ di persimpang­an jalan yang sibuk, mengelak beca dan trak di tengah Indore, sebuah kota dengan dua juta penduduk.

“Saya sudah lama menjadi peminat Michael Jackson dan meniru langkah ‘moonwalk’ beliau untuk menghentik­an trafik 12 tahun lalu,” kata Singh.

“Pada mulanya, orang terkejut, tetapi ia begitu berjaya selama ini dan sudah semakin popular.”

“Tugasan yang meletihkan untuk menjaga trafik di tengah-tengah pencemaran bunyi dan pengguna kenderaan yang cuai, tetapi ‘moonwalk’ menghiburk­an komuter dan pemandu,” ujar Singh, selepas hari yang meletihkan melakukan tarian ke belakang melintasi jalan.

Singh sudah menjadi fenomena media sosial dengan hampir 50,000 orang mengikuti aktivitiny­a dalam Facebook, manakala penonton menambah video ke dalam pelantar perkongsia­n setiap hari.

Singh mendakwa jumlah kesalahan trafik di persimpang­an mahkamah tinggi di mana beliau menghabisk­an masa kebanyakan hari sudah menurun.

Sebuah universiti di India sedang mengkaji kaedahnya untuk melihat sama ada beliau turut berjaya mengurangk­an kesesakan lalu lintas.

“Ibu bapa amat bangga dengan saya kerana menjalanka­n tugas dengan bersemanga­t sekali dan dengan cara inovatif termasuk menarikan tarian Michael Jackson,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MENARIK: Singh menjalanka­n tugas sambil ‘moonwalk’ di satu persingan di Indore baru-baru ini.
— Gambar AFP AKSI MENARIK: Singh menjalanka­n tugas sambil ‘moonwalk’ di satu persingan di Indore baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia