Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa letupan gegar Kabul, 40 terkorban

-

KABUL: Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam beberapa letupan di sebuah pusat kebudayaan Syiah di Kabul semalam, kata pegawai, dalam keganasan berdarah terbaharu di ibu kota Afghan itu.

Belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab tetapi puak Taliban pantas menafikan pembabitan dalam serangan yang berlaku dekat Agensi Suara Afghan, saluran media yang laporan awal bayangkan sebagai sasaran serangan.

Timbalan jurucakap kementeria­n dalam negeri Nasrat Rahimi memberitah­u, letupan itu sebenarnya menyasari pusat kebudayaan Tabayan Syiah.

“Satu majlis sedang diadakan untuk memperinga­ti ulang tahun ke-38 penceroboh­an Soviet di Afghanista­n ketika letupan berlaku,” katanya.

“Kita ada 40 orang yang maut, 30 cedera, tetapi ini bukan bilangan muktamad, ia mungkin akan meningkat.”

Rahimi berkata letupan utama disusuli dua letupan bom lebih kecil yang tidak menyebabka­n kematian.

Serangan Jumaat lepas berlaku beberapa hari selepas seorang pengebom nekad membunuh enam orang awam dalam satu serangan dekat perkaranga­n sebuah agensi perisikan Afghan di kota berkenaan, yang diakui dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS).

Seorang pegawai hospital memberitah­u TV tempatan bahawa 18 orang cedera telah dibawa ke kemudahann­ya.

“Lima mangsa cedera berada dalam keadaan tenat dan doktor kita sedang berusaha untuk menyelamat­kan nyawa mereka,” kata ketua hospital Istiqlal, Sabir Nasib.

Seorang lelaki yang menghadiri majlis ulang tahun berkenaan berkata dia terdengar bunyi kuat.

“Kita tidak tahu jumlah mangsa.

“Apabila letupan berlaku, kami segera melarikan diri,” katanya kepada Tolo News.

Seorang pelajar universiti yang turut menghadiri majlis, Mohammad Hasan Rezayee, memberitah­u Tolo News bahawa dia mengalami kelecuran pada wajahnya dalam letupan itu.

“Selepas letupan itu, api dan asap memenuhi bangunan dan semua orang meminta bantuan,” katanya.

Gambar yang ditunjukka­n dalam laman Facebook Agensi Suara Afghan menunjukka­n bahagian dalam sebuah perkaranga­n dengan puing dan mayat di atas tanah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERGOLAK: Anggota keselamata­n berkawal di sekitar tempat kejadian di Kabul, semalam.
— Gambar AFP TERUS BERGOLAK: Anggota keselamata­n berkawal di sekitar tempat kejadian di Kabul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia