Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak pendapatan boleh guna untuk membayar pinjaman

-

PUTRAJAYA: Hutang isi rumah Malaysia susut berdasarka­n peratusan dalam Keluaran Dalam Negara (KDNK) yang kini mencatat 84.6 peratus setakat September 2017 berbanding 88.4 peratus pada 2016, sekali gus menunjukka­n peningkata­n ekonomi pada tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata peningkata­n ekonomi itu turut disokong dengan Malaysia memiliki pasaran tenaga kerja yang baik serta gaji minimum ditetapkan meningkat tahun depan, selain kadar penganggur­an rendah pada 3.4 peratus setakat Oktober 2017.

“Pada akhir September 2017, pertumbuha­n KDNK adalah 5.9 peratus mengatasi pertumbuha­n hutang pada 4.9 peratus.

“Ini bermakna kita mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk membayar pinjaman,” katanya kepada Bernama.

Salleh berkata, pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada 2017 disokong oleh unjuran Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang disemak semula daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.

“Pertumbuha­n itu dijangka kekal kukuh dengan unjuran 5.2 peratus pada 2018 oleh Bank Dunia,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuha­n berterusan itu bukan sekadar perangkaan malah diperakui oleh institusi kewangan antarabang­sa dan kebanyakan firma penyelidik­an global.

“Bagaimanap­un, bagi kerajaan, kita amat menyedari keperluan untuk membantu khususnya kumpulan berpendapa­tan rendah dan telah melaksanak­an pelbagai dasar.

“Klinik 1Malaysia untuk rawatan kesihatan hanya RM1. Subsidi bersasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) membantu mengurangk­an beban kos, bantuan buku untuk murid sekolah kumpulan pendapatan rendah, pemansuhan tol di kawasan bandar, mengekang kenaikan kos tenaga dengan mengekalka­n tarif elektrik, serta sejumlah besar program untuk menyokong usahawan mikro serta pendidikan percuma selama 12 tahun persekolah­an,” katanya.

Salleh berkata dasar cermat telah meletakkan Malaysia pada tahap hari ini dan kesinambun­gannya adalah perlu untuk meneruskan trajektori ekonomi negara.

“Masa depan pastinya cerah dan ia akan kekal selagi kita yakin ia akan sedemikian. Kita akan capai apa yang kita harapkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia