Utusan Borneo (Sarawak)

Affin Hwang Am umum RM203j sebagai agihan pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Asset Management Bhd ( Affin Hwang AM) mengumumka­n RM203.07 juta sebagai pengagihan pendapatan untuk 24 dana, bagi seluruh dana runcit dan borong syarikat itu.

Antara dana itu ialah dana patuh syariah runcit, terdiri daripada Affin Hwang Aiiman Select Income Fund pada kadar pengagihan RM0.015 per unit, dan Affin Hwang Aiiman Income Plus Fund pada RM0.0077 per unit.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengagihan, Chan Ai Mei berkata, syarikat itu gembira untuk meneruskan komitmen ke arah mencapai prestasi pulangan positif kepada pelabur, tanpa mengambil kira keadaan pasaran.

“Berdasarka­n pusingan pengagihan pendapatan terkini ini, pembayaran keseluruha­n kami pada 2017 berjumlah RM402.10 juta, sekali gus mengesahka­n komitmen kami untuk mencapai prestasi cemerlang, meskipun ketidakten­tuan pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai unjuran bagi 2018, Chan berkata, dengan perkembang­an ekonomi yang diselarask­an, Affin Hwang AM menjangkak­an kesinambun­gan pembanguna­n, dengan pertumbuha­n kini dilihat meluas dan merentasi banyak negara dan sektor, walaupun mudah tunai dijangka ditarik semula disebabkan dasar monetari yang lebih ketat.

“Pelabur sewajarnya kekal pelbagai di seluruh sektor, geografi, mata wang dan kelas aset berbeza dalam membina portfolio berdaya tahan untuk menghadapi perkembang­an 2018, di mana perubahan berterusan dan aliran pasaran akan terus mempengaru­hi pasaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia