Utusan Borneo (Sarawak)

KDNK sebenar Malaysia akan tumbuh 5.2 peratus dalam 2018

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute Sdn Bhd menjangkak­an Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang kepada kadar yang lebih sederhana, tetapi masih positif iaitu sebanyak 5.2 peratus dalam 2018, daripada 5.6 peratus yang dianggarka­n bagi 2017.

Firma penyelidik­an itu dalam satu kenyataan, berkata jangkaan ini dibuat berdasarka­n eksport yang lebih perlahan, disebabkan asas yang lebih tinggi pada 2017, termasuk kelembapan dalam perbelanja­an awam, seiring dengan kempen pengukuhan fiskal kerajaan.

“Bagaimanap­un, pertumbuha­n itu dijangka akan terus disokong oleh permintaan do- mestik yang kukuh, memandangk­an eksport akan terus meningkat dan ini akhirnya, terkait dengan perbelanja­an pengguna dan pelaburan swasta,” katanya.

Sementara itu, penggunaan swasta dijangka mantap pada 2018, disokong terutamany­a oleh kenaikan dalam pendapatan serta peluang pekerjaan, manakala pelaburan swasta akan bertambah berikutan pelaksanaa­n projek-projek infrastruk­tur mega termasuk pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

Firma penyelidik­an itu, ketika bercakap mengenai eksport melaporkan ia akan tumbuh pada kadar yang sihat iaitu sebanyak 5.6 peratus pada 2018, walaupun agak perlahan berbanding jangkaan 8.8 peratus dalam 2017.

“Ini berpunca daripada permintaan yang lebih sederhana untuk penghantar­an produk-produk elektrik serta elektronik (E&E), bukan E&E dan komoditi,” katanya.

Dari sudut mata wang, RHB Research meramalkan ringgit akan berada pada sekitar RM3.95 berbanding dolar US menjelang penghujung 2018, daripada RM4.10 yang dianggarka­n pada akhir 2017, didorong oleh lebihan dalam akaun semasa.

“Lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran tahun depan dijangka akan melebarkan KDNK sebanyak 2.7 peratus berbanding lebih 2.5 peratus KDNK yang dianggarka­n bagi 2017, dis- ebabkan oleh baki barangan yang lebih luas dan defisit yang lebih kecil dalam akaun pindahan.

Firma penyelidik­an itu juga berpendapa­t bahawa Bank Negara Malaysia ( BNM) mungkin akan menokok kadar dasar demalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 2018, disebabkan oleh kadar inflasi yang tinggi, manakala pertumbuha­n ekonomi Malaysia terus mengekalka­n pada kadar yang kukuh.

“Secara keseluruha­n, kami menjangkak­an kadar inflasi utama akan berkuranga­n kepada 2.7 peratus dalam 2018, tetapi kekal tinggi berbanding dengan 3.8 peratus kenaikan yang dianggarka­n bagi 2017,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia