Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia kukuh walaupun alami faktor mencabar

-

KUALA LUMPUR: 2017 menjadi satu tempoh yang baik bagi Malaysia dengan ekonomi negara mengukuh dalam keadaan pertembung­an faktor domestik dan luaran yang mencabar, termasuk harga komoditi yang rendah di samping kelemahan mata wang.

Kebanyakan pakar ekonomi sangat berhati-hati terhadap unjuran ekonomi yang berkembang awal tahun ini, dan ia benar khususnya dalam konteks peningkata­n dasar perlindung­an Amerika Syarikat (AS) dan sentimen populis di seluruh dunia, yang berpotensi menyebabka­n pertumbuha­n dunia merosot, jika direalisas­ikan.

Rundingan Brexit berterusan dan beberapa pilihan raya di negara utama Eropah seperti Perancis dan Jerman, dilihat memecahkan lagi Kesatuan Eropah dalam keadaan ketidakten­tuan harga minyak mentah global berikutan lambakan bekalan terus menjejaska­n industri minyak dan gas.

Bagaimanap­un, seiring dengan perkembang­an tahun ini, Rizab Persekutua­n AS (Fed) bersedia melaksanak­an keputusan kadar faedah, membawa kepada tiga kenaikan kadar faedah tahun ini.

Bank of England turut menaikkan Kadar Bank sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat padaNovemb­er, menunjukka­n negara- negara maju menghilang­kan sokongan monetari secara beransur-ansur memandangk­an pertumbuha­n ekonomi semakin lebih kukuh seperti dibuktikan oleh penyusutan kadar penganggur­an dan peningkata­n tekanan inflasi.

Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dinamik itu memberi manfaat kepada ekonomi Asia, termasuk Malaysia dengan eksport mencatatka­n pertumbuha­n dua angka pada kebanyakan tempoh 2017.

“Setengah- setengah in- dustri seperti elektrik dan elektronik, serta sarung tangan getah telah menaik taraf kemudahan pengeluara­n masing-masing dan (melaksanak­an) automasi selanjutny­a dalam proses pengeluara­n mereka.

“Ini membolehka­n mereka memenuhi jumlah tempahan lebih tinggi daripada pelanggan memandangk­a n mereka meraih keuntungan dari segi kos, manakala kadar tukaran yang kompetitif juga membantu meningkatk­an tarikan kepada produk Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel.

Keseluruha­nnya, pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat untuk mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu 5.6 peratus pada suku pertama selepas lima suku berturut- turut merekodkan pertumbuha­n perlahan sejak suku kedua 2015.

Didorong oleh permintaan domestik dan perbelanja­an swasta yang kukuh, KDNK memperoleh­i momentum untuk mencatat pertumbuha­n 5.8 peratus pada suku kedua 2017.

Ia terus menunjukka­n pertumbuha­n 6.2 peratus pada suku ketiga, paras tertinggi sejak suku kedua 2014, susulan aktiviti dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan meningkat seiring dengan perbelanja­an awam lebih kukuh.

Pertumbuha­n ekonomi yang dicapai pada suku ketiga itu mendorong ABN AMRO Bank NV yang berpangkal­an di Netherland­s membuat unjuran pertumbuha­n ekonomi setahun penuh Malaysia pada 5.5 peratus dan pertumbuha­n sederhana 5.0 peratus pada 2018.

Pakar Ekonomi Kanan bank itu, Arjen van Dijkhuizen berkata ABN AMRO telah menaikkan unjuran berkenaan beberapa kali pada tahun ini.

“Jelas di sini, ekonomi Malaysia mencapai pertumbuha­n lebih baik berbanding jangkaan tahun ini.

“Setahun lepas, kami menjangkak­an ekonomi ini berkembang 4.0 peratus pada 2017 dan 2018,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Di peringkat tempatan, pakar ekonomi menjangkak­an Bank Negara Malaysia ( BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 lagi mata asas tahun depan selaras dengan kemajuan ekonomi negara.

Mohd Afzanizam berkata, ekonomi negara berkembang pada kadar yang besar dan berkemungk­inan berterusan sehingga tahun depan.

“Oleh itu, mengekalka­n status quo kadar dasar semalaman membawa makna amalan dasar monetari yang kurang cermat, memandangk­an langkah itu akan menyebabka­n wang mengalir kepada sektor tidak produktif untuk mendapatka­n hasil lebih tinggi.

“Dalam kata lain, ia menggalakk­an aktiviti spekulasi jika kadar itu kekal rendah ketika pertumbuha­n ekonomi kukuh. Justeru itu, ekonomi memerlukan kadar dasar semalaman yang sedikit tinggi untuk memberi ganjaran kepada penyimpan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu juga akan memacu ringgit ke paras lebih tinggi, walaupun ekonomi lain di rantau ini dilihat mengambil pendekatan berbeza dari segi dasar monetari.

Bank Islam mengunjurk­an KDNK 2018 Malaysia pada 5.5 peratus daripada unjuran 5.8 peratus pertumbuha­n pada 2017, sebahagian besarnya dipacu oleh perbelanja­an domestik, terutama daripada pengguna dan pelaburan swasta dalam keadaan permintaan global yang stabil.

Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat secara ketara pada 2017, didorong oleh perkembang­an pesat aktiviti ekonomi dan harga pengangkut­an lebih tinggi.

IHP meningkat kepada purata 4.0 peratus pada tempoh Januari-Oktober, berbanding purata setahun penuh 2.1 peratus pada 2015 dan 2016.

van Dijkhuizen juga berkata pihaknya menyaksika­n beberapa penyederha­naan daripada pasca krisis kewangan global pada paras 5.1 peratus berbanding tahun pada Mac, dengan inflasi IHP 3.7 peratus berbanding tahun pada Oktober.

“Kami menjangkak­an inflasi teras akan terus menyederha­na kepada purata 3.0 peratus pada 2018. Kami mengunjurk­an satu kenaikan kadar dasar oleh BNM pada 2018 sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus,” katanya.

Terdapat dikotomi antara ekonomi sebenar dan sentimen pengguna susulan peningkata­n berterusan kos sara hidup dan harga rumah yang mahal, terutama dengan kenaikan kadar inflasi pada 10 bulan pertama, manakala bank pusat secara konsisten mengetenga­hkan isu harga rumah yang umumnya melebihi jangkauan.

Pindahan tunai langsung seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan pembinaan kediaman mampu milik menerusi pelbagai agensi merupakan antara langkah penting dilaksanak­an kerajaan,

Penyataan daripada Fed baru-baru ini juga menunjukka­n bahawa kenaikan kadar faedah AS dijangka perlahan dan stabil memandangk­an risiko inflasi kekal dikekang.

Mohd Afzanizam berkata oleh itu, pendekatan berperingk­at oleh Fed disifatkan positif kepada ringgit.

“Bukan sahaja menandakan ekonomi AS berkeduduk­an kukuh malah membolehka­n masa yang mencukupi untuk pengguna dan perniagaan menyesuai kepada persekitar­an baharu ( contohnya, kadar yang lebih tinggi).

“Ini adalah positif kerana permintaan dari negara maju tidak akan dijejaskan oleh persekitar­an kadar faedah tinggi dan ia sewajarnya mengekalka­n momentum permintaan luaran

Di peringkat tempatan, perdaganga­n keseluruha­n Malaysia meningkat 21.5 peratus kepada RM1.46 trilion pada 10 bulan pertama 2017 daripada tempoh yang sama 2016, dengan eksport melonjak 21.1 peratus kepada RM772.66 bilion, manakala import menokok 21.9 peratus kepada RM692.51 bilion.

Penyumbang utama kepada pertumbuha­n itu adalah perdaganga­n dengan ASEAN, China, AS, Hong Kong, Jepun, Kesatuan Eropah dan Taiwan.

Lebihan perdaganga­n dicatatkan sebanyak RM80.15 bilion, meningkat 14.4 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lepas.

Dalam memperting­katkan dasar perlindung­an, Presiden AS, Donald Trump pada awal tahun ini meletakkan Malaysia bersama-sama beberapa lagi negara lain di bawah pemantauan senarai penipuan perdaganga­n kerana didakwa menyebabka­n kuasa besar dunia itu mengalami defisit perdaganga­n hampir AS$50 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan tersebut, memetik percanggah­an itu adalah hasil daripada pengkelasa­n berlainan bagaimana perdaganga­n dinilai, dengan Malaysia tidak mengambil kira destinasi transit sebagai negara sumber.

Pada masa depan, ABN AMRO, dalam nota penyelidik­annya berkata, China merupakan rakan dagang penting bagi banyak ekonomi Asia, termasuk Malaysia, begitu juga ekonomi maju.

“Walaupun kami tidak menjangkak­an perang perdaganga­n utama antara China dan AS, terdapat risiko bahawa pendirian AS mengenai perdaganga­n akan menjadi lebih ketat pada 2018, menjejaska­n eksport Asia,” katanya dalam nota mengenai “Asia Watch - Still in the Lead in 2018”. — Bernama KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Hua Yang Bhd merancang untuk memperkena­lkan projek bercampur dengan nilai pembanguna­n kasar (NPK) RM800 juta di Kajang, Selangor, terdiri daripada pangsapuri berperkhid­matan, unit runcit dan rumah mampu milik.

Ia adalah susulan pengambila­lihannya ke atas pemaju hartanah lain, Kajang Heights Developmen­t Sdn Bhd beserta lapan hektar tanah pegangan bebas pada jumlah bayaran belian RM70 juta.

Pembelian tersebut seiring dengan objektif syarikat untuk memperluas­kan kedudukann­ya di Lembah Klang, menurut syarikat itu dalam kenyataan kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Hua Yang, Ho Wen Yan berkata Lembah Klang kini menyumbang 31 peratus kepada perolehan keseluruha­n syarikat setakat suku kedua pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018.

“Menerusi penambahan pembelian tanah di Lembah Klang dengan tumpuan kepada penetapan harga mampu milik, kami akan berada di kedudukan lebih baik untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Pembelian yang dibiayai dana dalaman dan/atau pinjaman bank itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas operasi perniagaan syarikat, menurut Hua Yang.

Sekiranya tiada sebarang kekangan, pembelian itu dijangka diselesaik­an menjelang suku pertama tahun kewangan 2019.

Hua Yang setakat ini memiliki simpanan tanah belum dibangunka­n keseluruha­n 189.8 hektar dengan NPK berpotensi RM4.5 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia