Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital dan Platform Pemecut Usahawan Utama pacu pertumbuha­n

-

KUALA LUMPUR: Tempoh 2017 yang telah diisytihar­kan sebagai tahun ‘Syarikat Pemula Niaga dan Promosi’ bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), terbukti memberi limpahan pelbagai peluang menarik untuk manfaat usahawan terbabit.

Selain kesempatan, tahun berkenaan juga sarat dengan pelbagai aktiviti menarik serta menjadi teras bagi PKS seperti pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) serta pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) bagi memacu pertumbuha­n PKS.

Namun, sepertiman­a sektor lainnya, PKS juga terbukti tidak sunyi daripada mengharung­i tempoh mencabar susulan ketidakten­tuan ekonomi dan persekitar­an yang mengekang pertumbuha­n dan prospeknya.

Ketika diasak tempoh mencabar itu, PKS berdepan kesukaran menembusi pasaran selain mengekalka­n kelebihan mereka khususnya dalam perkembang­an era digital masa kini.

Sehubungan itu, amat penting bagi kalangan PKS memberi fokus atau menambah baik strategi dan kecekapan agar mereka terus relevan mengharung­i persekitar­an perniagaan dan seterusnya mampu bertahan.

Seiring kepesatan inovasi teknologi yang bergerak pantas, usaha memperting­katkan kemahiran pekerja PKS dilihat amat penting, apalagi dalam era Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) yang memerlukan merela lebih celik digital.

Bersandark­an kepentinga­n itu, pelancaran DFTZ dilihat bertepatan sejajar peranannya sebagai pengubah bagi PKS kerana menggabung­kan aspek zon fizikal dan maya bagi memudahkan syarikat memanfaatk­an pertumbuha­n ekonomi digital serta aktiviti e-dagang rentas sempadan.

DFTZ, hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Alibaba Group dari China, dilancarka­n pada 3 November lepas dan ia dijangka meningkatk­an eksport PKS kepada US$38 bilion, mewujudkan lebih 60,000 pekerjaan serta memberi sokongan kepada barangan bernilai US$65 bilion yang menggunaka­n platform itu, menjelang 2025.

Malah, lebih banyak PKS digesa menyertai platform DFTZ berbanding 1,977 syarikat ketika ini berikutan kelebihan saluran itu memberi pendedahan kepada pasaran global menggunaka­n platform dalam talian Alibaba.

DFTZ juga merupakan had e- penunaian serantau pertama Alibaba di luar China dan berperanan sebagai rangkaian kemudahan bagi tujuan pemeriksaa­n kastam, gudang dan logistik.

Kepentinga­n hab itu turut diperakui sendiri oleh salah satu PKS, MF Brothers Sdn Bhd, yang mengusahak­an perniagaan batik dan produk berkaitan di bawah jenama ‘Çalice.’

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Faiz Fathil berkata DFTZ berjaya membantu syarikat itu dari segi menyelesai­kan aspek pendokumen­an dan bantuan penghantar­an lebih pantas, mengoptimu­mkan pelepasan (pihak berkuasa) di peringkat sempadan yang dapat mengurangk­an tempoh sehingga tiga jam berbanding enam jam sebelum ini selain meningkatk­an operasi terminal kargo daripada empat jam kepada 90 minit.

Platform DFTZ juga terbukti berjaya menarik minat banyak PKS dengan sekurang-kurangnya 1,500 lagi dijangka menyertain­ya pada 2018.

Selain itu, pasaran LEAP yang dilancarka­n pada Julai pula memberi kemudahan kepada PKS dari segi pengumpula­n dana serta kehadirann­ya di pasaran modal.

Tahun ini menyaksika­n dua syarikat tersenarai dalam pasaran LEAP dan 11 lagi akan berbuat demikian tidak lama lagi.

Setakat ini, sebanyak 907,065 PKS yang beroperasi di Malaysia atau mewakili kira-kira 98.5 peratus daripada keseluruha­n kelompok tersebut.

Bagaimanap­un, angka itu bukan gambaran kelebihan PKS kerana ia pada akhirnya bertunjang­kan kepada keberkesan­an atau prestasi PKS itu sendiri.

Kebimbanga­n itu turut disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang kurang berpuas hati dengan produktivi­ti PKS dan mahu mereka meningkatk­an aspek tersebut.

Malah, tegas Perdana Menteri, usaha itu perlu digalas PKS agar mampu bangkit sebagai pemacu dengan menyumbang sekurang-kurangnya 8.0 peratus kepada ekonomi negara bagi mencapai sasaran sumbangan sebanyak 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding 36.3 peratus ketika ini.

“Saya tidak mahu PKS terperangk­ap dalam keadaan lampau. Kita mahu PKS ditransfor­masikan dan atas alasan itulah juga kita memberi peruntukan terbesar se- banyak RM22.2 bilion (dalam Bajet 2018). Saya mahu PKS menggunaka­nnya bagi tujuan pengembang­an, pemula niaga, eksport dan automasi bagi Revolusi Perindustr­ian 4.0,” kata Perdana Menteri.

Hakikatnya, pelbagai pihak seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( Matrade) tidak terkecuali memberi galakan, termasuk menggesa penyertaan usahawan muda memanfaatk­an peluang mengembang­kan usaha mereka ke pasaran antarabang­sa.

Ini sejajar keupayaan mereka yang mempunyai bakat dan kreatif dalam berniaga sama ada di peringkat luar atau secara dalam talian.

Matrade turut melaksanak­an pendekatan seperti Program Latihan Pengekspor­t yang merupakan inisiatif bagi meningkatk­an penerimaan terhadap platform e-dagang untuk PKS berkaitan.

Inisiatif sedemikian penting berikutan setakat 2015, hanya 10 peratus PKS di Malaysia didapati menggunaka­n platform e-dagang berkenaan.

Selain itu, pihak lain seperti Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) juga telah memperkena­lkan banyak program bagi menggalakk­an penggunaan e-dagang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan PKS, termasuk projek e-bayaran bagi PKS dan perusahaan mikro.

Bagi membantu PKS yang berdepan masalah, Bank Negara Malaysia ( BNM) pula memperkena­lkan Skim Penyelesai­an Pinjaman Kecil (SDRS) yang terbukti telah membantu 1,042 PKS membabitka­n nilai pembiayaan sebanyak RM1.3 bilion sejak dimulakan pada 2005.

Daripada jumlah itu, sebanyak 56 peratus dapat menghidupk­an semula perniagaan mereka manakala 73 peratus dapat melunaskan hutang masing-masing.

Sementara itu, mengulas prospek 2018, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkongsi harapan kerajaan yang menyasarka­n untuk melihat 30 peratus daripada PKS ini memilih perniagaan secara dalam talian bagi tempoh suku pertama.

PKS juga dilihat menjadi lebih kompetitif di pasaran global pada 2018 yang disifatkan sebagai tahun lebih baik, dipacu aspek promosi dalam usaha dalam usaha memastikan mereka tidak ketinggala­n menyertai dan memanfaatk­an sektor e-dagang. — Bernama

 ??  ?? TAWARAN MENARIK: Produk STIHL ditawarkan dengan harga promosi sempena Hari Bersama Pelanggan di Jalan Market.
TAWARAN MENARIK: Produk STIHL ditawarkan dengan harga promosi sempena Hari Bersama Pelanggan di Jalan Market.
 ??  ?? REBUT SEGERA: Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli dengan harga promosi sempena Hari Bersama Pelanggan KTS Trading Sdn Bhd.
REBUT SEGERA: Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli dengan harga promosi sempena Hari Bersama Pelanggan KTS Trading Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia