Utusan Borneo (Sarawak)

Anmum Essential dengan Mind-Q Connect adakan jerayawara di Everrise Batu 4

-

KUCHING: Anmum Essential dengan Mind-Q Connect mengadakan jerayawara di Everrise Batu 4 di sini bermula hari ini, 29 Disember hingga 1 Januari 2018.

Jerayawara ini bertujuan untuk menyampaik­an maklumat yang lebih lanjut mengenai kebaikan serta khasiat produk ini kepada pengguna terutama ibu bapa.

Pada jerayawara empat hari ini, wakil-wakil Anmum Essential akan berada di lokasi jerayawara (Everrise Batu 4) dari jam 11 pagi hingga 9 malam untuk menjawab sebarang pertanyaan tentang produk ini.

Ibu bapa juga digalakkan membawa si manja mereka untuk turut menyertai aktiviti yang menyeronok­kan pada jerayawara ini.

Orang ramai juga berpeluang untuk mendapat hadiah percuma dengan pembelian rangkaian produk Anmum.

Antara hadiah yang bakal dimenangi, tumbler Thermocafe­TM percuma dengan pembelian tiga pek Anmum Materna/Lacta 650g.

Manakala pembelian tiga tin Anmum Essential 1.6kg atau empat pek Anmum Essential 1.2kg, pembeli layak untuk mendapatka­n Foldable Playground dengan bola mainan kanak-kanak percuma.

Anmum Essential kini dengan Mind-Q Connect mengandung­i DHA dan 2X lebih GA1 (Gangliosid­a).

Ini adalah kombinasi nutrien penting yang terdapat di dalam otak si manja.

DHA penting perkembang­an otak dan Gangliosid­a membantu menghubung­kan sel-sel otak.

Dalam pada itu Anmum Essential turut akan mengadakan satu lagi siri jerayawara pada 5 hingga 7 Januari 2018 bertempat di Everrise Vivacity.

Semalam turut diadakan sidang media mengenai jeraya- wara tersebut di Everrise Batu 4 di sini oleh Eksekutif Jualan Kawasan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd, Ho Kuok Ping.

Turut hadir, Pengurus Jua- lan Produk Choon Hua Trading Corporatio­n Sdn Bhd (pengedar), Toh Ming Liang serta Pengurus Cawangan Everrise Batu 4, Lau Bee Leng.

 ??  ?? JERAYAWARA: (Dari kiri) Ho, Toh dan Lau serta dua kakitangan Everrise Batu 4 di Kuching memperkena­lkan produk Anmum Essential dengan Mind Q-Connect kepada orang ramai pada jerayawara hari ini hingga 1 Januari 2018.
JERAYAWARA: (Dari kiri) Ho, Toh dan Lau serta dua kakitangan Everrise Batu 4 di Kuching memperkena­lkan produk Anmum Essential dengan Mind Q-Connect kepada orang ramai pada jerayawara hari ini hingga 1 Januari 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia