Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Kimlun beli tanah di Johor dengan harga RM36.08 Juta

-

KUALA LUMPUR: Kiiville Sdn Bhd (KVSB) dan Kii Ashbury Sdn Bhd (KASB), anak syarikat milik tidak langsung Kimlun Corporatio­n Bhd merancang membeli tanah pertanian dan komersial pegangan bebas di Johor dengan harga RM36.08 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Kimlun berkata KVSB bercadang membeli tanah komersial pegangan bebas di Pulai berukuran 20,836.3 meter persegi daripada Mah Sing Properties Sdn Bhd dengan harga RM14.25 juta.

Sementara itu, ia berkata KASB telah memeterai perjanjian jual dan beli dengan Meridin East Sdn Bhd untuk membeli 7.24 hektar tanah yang membentuk sebahagian daripada tanah pertanian pegangan bebas di Plentong dengan harga RM21.83 juta.

“Cadangan pembelian itu menyediaka­n peluang kepada kumpulan untuk meningkatk­an saiz simpanan tanah kami di lokasi strategik bagi mengukuhka­n hasil dan pendapatan pada masa depan.

“Bayaran pembelian itu akan dipenuhi menerusi pembayaran tunai daripada dana dalaman dan/atau pinjaman luar, yang mana pecahannya belum dimuktamad­kan buat masa ini,” kata kumpulan tersebut.

Kimlun berkata kedua-dua KVSB dan KASB merancang membina hartanah komersial di tanah tersebut.

Memandangk­an lokasi strategik tanah itu, kumpulan tersebut yakin pembanguna­n komersial yang akan dimajukan di tanah itu akan mendapat sambutan baik daripada orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia