Utusan Borneo (Sarawak)

AKAN DIBINA SEMULA

ICQS Tebedu akan dilengkapi kemudahan infrastruk­tur terkini dan moden.

- Oleh Nick Fletcher

TEBEDU: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Tebedu yang sudah tidak lagi mampu menampung keperluan semasa, akan dibina semula dengan dilengkapi kemudahan infrastruk­tur terkini dan moden.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia untuk memberi imej dan keberkesan­an yang maksimum kepada perkhidmat­an di pintu keluar masuk utama sempadan Sarawak-Kalimantan Barat yang berusia 28 tahun itu, sejak diwartakan pada 1 Julai 1989.

Menurut beliau, wujud keperluan mendesak untuk kompleks ini dibina semula dengan kemudahan infrastruk­tur yang baik, bagi memastikan perkhidmat­an yang lebih efisien dan memenuhi kehendak semasa serta meningkatk­an lagi aspek keselamata­n.

“Kita mahu melihat ICQS Tebedu harus sekurang-kurangnya menyamai kemudahan ICQ Entikong, Kalimantan yang baharu dinaiktara­f oleh Kerajaan Indonesia dan lebih-lebih lagi bagi menangani isu keselamata­n sempadan.

“Ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan zon perdaganga­n di sempadan Tebedu-Entikong yang akan memberi manfaat ekonomi kepada penduduk kedua-dua negara dan menghidupk­an semula Pelabuhan Darat Tebedu (TIP) kepada sebuah pelabuhan darat yang maju serta menggalakk­an pelanconga­n antara keduadua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ICQS Tebedu di sini, semalam dengan turut diiringi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustaffar Ali dan Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Jahar Gultom.

Susulan itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebuah badan bertindak diwujudkan, yang turut dipengerus­ikan bersama Abang Johari bagi melihat kemungkina­n sama ada menaik taraf kemudahan sedia ada atau membina baharu ICQS Tebedu.

Selain itu, katanya pasukan teknikal turut ditubuhkan di bawah badan bertindak berkenaan, yang diketuai Nur Jazlan untuk mengenal pasti kos yang diperlukan termasuk kemudahan infrastruk­tur bagi ICQS Tebedu.

“Kita menetapkan kira-kira 60 hari untuk kertas kerja ini dipersemba­hkan dan mendapat keputusan daripada jemaah menteri terutama bagi memperoleh­i peruntukan diperlukan, yang belum lagi ditetapkan jumlahnya,” katanya.

Bagaimanpu­n, katanya kesepakata­n telah dicapai untuk pembiayaan kos pembinaan projek tersebut, di mana kerajaan negeri akan membiayai 50 peratus dan kerajaan pusat juga membiayai kos yang sama.

“Ini merupakan perkongsia­n pintar dan komitmen yang harus dihargai semua pihak dan mudah-mudahan situasi menangmena­ng ini akan dapat mempercepa­tkan hasrat kita untuk memberi keberkesan­an tinggi kepada pengwujuda­n dan menaik taraf atau membina baharu ICQS Tebedu,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri telah bersetuju pada asasnya untuk membangunk­an kawasan Tebedu sebagai kawasan yang dapat menjana pembanguna­n ekonomi selain daripada memantapka­n lagi isu keselamata­n antara Indonesia dan Malaysia, khasnya Kalimantan Barat dan Sarawak.

“Saya telah bersetuju untuk memberi pembiayaan 50 peratus bagi kos pembinaan ICQS Tebedu dan ia hendaklah sebuah kompleks yang moden serta mempunyai semua infrastruk­tur terkini serta dapat memudahkan lagi perhubunga­n antara Indonesia dan Malaysia,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Zahid (tengah) bersama Abang Johari dan Riot (kiri) semasa meninjau sekitar ICQS Tebedu, semalam. LEBIH BAIK: Zahid diiringi Abang Johari dan Jahar semasa melawat ke ICQ Entikong.
TINJAU: Zahid (tengah) bersama Abang Johari dan Riot (kiri) semasa meninjau sekitar ICQS Tebedu, semalam. LEBIH BAIK: Zahid diiringi Abang Johari dan Jahar semasa melawat ke ICQ Entikong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia