Utusan Borneo (Sarawak)

TANGAN BUDAK TERSEPIT DALAM MESIN PENGADUN KUIH

-

KUCHING: Sebuah keluarga berdepan detik mencemaska­n apabila usaha mengeluark­an tangan seorang kanakkanak lelaki yang tersepit di dalam mesin pengadun kuih tidak berjaya sehingga terpaksa mendapatka­n bantuan pihak bomba.

Insiden dilaporkan berlaku di Pasar Tapah, Batu 22 Jalan Kuching-Serian iaitu sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sebaik sahaja pihaknya menerima laporan berhubung kejadian, beberapa anggota Balai Bomba dan PenyelamaT (BBP) Siburan bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Siburan tiba pada jam 12.20 tengah hari dan melaporkan seorang budak lelaki berusia lima tahun tersepit tangan kirinya di dalam mesin pengadun kuih dan mengalami pendarahan (kecederaan).

“Operasi menyelamat dilakukan pihak bomba dengan bertindak memotong dan membuka besi pengadun tersebut menggunaka­n peralatan menyelamat,” katanya yang turut memberitah­u tangan mangsa berjaya dikeluarka­n selepas itu.

Menurutnya juga, mangsa telah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian oleh anggota paramedik JBPM sebelum dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Seterusnya mangsa dihantar ke Pusat Jantung HUS dengan menggunaka­n jentera EMRS dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

 ??  ?? MENYELAMAT:Anggota bomba bersama keluarga mangsa berusaha mengeluark­an tangan mangsa yang tersepit.
MENYELAMAT:Anggota bomba bersama keluarga mangsa berusaha mengeluark­an tangan mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia