Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas bintang bola sepak presiden baharu Liberia

TM diminta pertimbang permintaan tersebut yang boleh dijadikan antara projek Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR)

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Warga emas dicadang dikecualik­an daripada dikenakan caj penggunaan WiFi UniFi di Persiaran Warga Emas yang boleh diakses bermula semalam.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mahu Telekom Malaysia (TM) mempertimb­ang permintaan tersebut yang juga boleh dijadikan antara projek Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR).

“Saya meminta TM Miri untuk menyampaik­an kepada pihak atasan TM untuk melaksanak­an CSR di sini.

“Berilah warga emas percuma guna WiFi, inilah permintaan saya kepada Telekom,” jelasnya selepas membuat pemeriksaa­n projek tersebut semalam.

Untuk permulaan, tiada caj penggunaan dikenakan namun tempoh percuma tersebut berakhir pada 31 Disember ini.

Mulai 1 Januari, setiap pengguna dikenakan bayaran 10 sen untuk satu jam penggunaan WiFi di ‘hotspot’ UniFi tersebut.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, permintaan untuk memasang WiFi di pu- sat kunjungan popular warga emas itu telah dikemukaka­n lebih sebulan lalu.

“Ini merupakan tempat popular untuk warga emas minum kopi dan bermain catur.

“Saya menerima maklum balas agar kawasan ini dipasang WiFi dan boleh digunakan sekarang.

“Kita berterima kasih kepada Telekom, “jelasnya.

Lee berkata, penggunaan telefon pintar di kalangan warga emas juga bertambah dan ramai memuat turun aplikasi WhatsApp dan WeChat untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Persiaran Warga Emas yang juga dikenali Old Man Street merupakan lokasi awam pertama mengemukak­an permohonan kepada Lee untuk projek ini.

“Dengan adanya WiFi, kita galakkan rakyat tak kira umur untuk belajar menggunaka­n telefon pintar.

“Kalau ada WiFi percuma, mudah untuk mereka menghubung­i anak-anak di luar negeri dan tempat lain,” jelasnya.

Pengguna telefon pintar perlu memuat turun aplikasi i-foundit! untuk membolehka­n mereka mengakses Internet menggunaka­n WiFi UniFi di mana mereka boleh menikmati 4 MegaBait sesaat sambungan Internet di lokasi ‘ hotspot’ seluruh negara.

Turut mengiringi Lee, Pengurus TM Kawasan 4 ( Miri, Limbang, Bintulu) Sharifah Bahiyah Wan Ibrahim, Setiausaha Publisiti SUPP Senadin Erick Chin dan Kaunselor Karambir Singh.

Saya meminta TM Miri untuk menyampaik­an kepada pihak atasan TM untuk melaksanak­an CSR di sini. Berilah warga emas percuma guna WiFi, inilah permintaan saya kepada Telekom. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ??
 ??  ?? GALAKAN KERAJAAN: Lee (dua kiri), Sharifah (tiga kanan) bersama ahli SUPP mengajar warga emas cara mengakses Internet menggunaka­n WiFi UniFi.
GALAKAN KERAJAAN: Lee (dua kiri), Sharifah (tiga kanan) bersama ahli SUPP mengajar warga emas cara mengakses Internet menggunaka­n WiFi UniFi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia