Utusan Borneo (Sarawak)

PENYAMUN GANAS TUMPAS

-

BINTULU: Sekumpulan empat penyamun ganas berjaya diberkas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di sini, bersama beberapa senjata serta hasil samun.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili berkata, empat suspek terbabit ditangkap jam 1.30 pagi kelmarin oleh anggota JSJ dan Unit Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kidurong dan pasukan pencegahan jenayah yang bergegas ke tempat kejadian setelah terserempa­k kenderaan suspek di Jalan Masjid di sini susulan maklumat daripada mangsa.

Katanya, sebelum itu pada jam 11.15 malam Rabu lalu, pihak polis mendapat maklumat di sebuah kantin di Jalan Tanjung Kidurong, pengadu, bapa dan ahli keluarga mangsa semasa hendak tidur didatangi tiga lelaki yang menyerbu masuk ke dalam rumah mereka.

“Seorang suspek memegang senjata parang terus menetak mangsa dan dalam kekecohan itu, anak mangsa cuba mengambil gambar suspek untuk memaklumka­n kepada pihak polis namun dihalang suspek.

“Setelah itu suspek menyelongk­ar rumah mangsa dan mengambil beberapa barang berharga,” jelas beliau.

“Sejurus itu pada jam 1.30 pagi 28 Disember, anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan terserempa­k dengan sebuah kenderaan yang dinaiki dua suspek.

“Pihak polis diketuai Inspektor Inspektor Luqman Hakim Yusop menahan suspek yang keluar dari kenderaan untuk melarikan diri namun pihak polis bertindak pantas berjaya menghalang dan menahan suspek,” ujarnya semasa sidang media di Bilik Gerakan IPD Bintulu semalam.

Empat suspek berjaya diberkas polis Bintulu bersama beberapa senjata serta hasil samun.

 ??  ?? TAJAM: Senjata berbahaya yang digunakan kumpulan penyamun ditunjukka­n Zulkipli pada sidang media semalam. Oleh Abang Ismail Abang Su’ud
TAJAM: Senjata berbahaya yang digunakan kumpulan penyamun ditunjukka­n Zulkipli pada sidang media semalam. Oleh Abang Ismail Abang Su’ud
 ??  ?? HASIL RAMPASAN: Antara senjata dan barang-barang yang dirampas daripada suspek.
HASIL RAMPASAN: Antara senjata dan barang-barang yang dirampas daripada suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia