Utusan Borneo (Sarawak)

SIBU TOWER RUN EDISI KEDUA 11 MAC •

Jumlah peserta untuk penganjura­n 2018 ditambah kepada 350 orang berbanding 300 bagi edisi pertama

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Sibu Tower Run (STR) kembali lagi dengan edisi kedua dijadual berlangsun­g pada 11 Mac 2018 di Wisma Sanyan selepas kejayaan edisi pertama tahun ini.

STR 2018 dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) dengan kerjasama Undergroun­d Runners Sibu (URS), dengan akhbar Kumpulan See Hua sebagai media rasmi.

Presiden URS merangkap pengerusi penganjur Zamri Kiprawi Bujang berkata, STR merupakan salah satu daripada tiga larian menaiki menara atau bangunan yang dianjurkan di dunia.

“Selain Sibu Tower Run, dua lagi larian ialah Dubai Tower Run dan Kuala Lumpur Tower Run.

“Oleh itu, kita di Sibu amat bertuah kerana adanya Wisma Sanyan yang membolehka­n kita menganjurk­an larian ini,” ujarnya pada satu sidang media di bilik mesyuarat MPS, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain serta pengerusi pengan- jur bersama Kaunselor Wong Hie Ping.

Menurut Zamri, jumlah peserta untuk STR 2018 juga ditambah kepada 350 peserta berbanding 300 peserta bagi edisi pertama.

“Pihak penganjur terpaksa mengehadka­n peserta atas faktor keselamata­n,” ujarnya sambil menambah larian menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM7,800.

Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki dan Perempuan Terbuka (18- 39 tahun), Lelaki Veteran dan Perempuan Veteran (40 tahun ke atas).

Peserta bagi setiap kategori akan dilepaskan di hadapan Wisma Sanyan pada jam 6.30 pagi serta berlari sejauh lima kilometer, sebelum menaiki 627 anak tangga di Wisma Sanyan setinggi 126 meter.

Zamri berkata, penyertaan bagi menyertai STR 2018 akan dibuka bermula 1 Januari 2018 dan tarikh tutup penyertaan pada 13 Februari 2018.

Bagi yang mendaftar sebe- lum 14 Januari 2018, yuran penyertaan ialah RM70 seorang, sementara RM80 bagi yang mendaftar antara 15 Januari hingga 4 Februari 2018. Yuran sebanyak RM90 dikenakan bagi yang mendaftar lewat iaitu 5 Febru- ari hingga 12 Februari 2018.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubung­i Deana ( 019- 4675988), Zamri (017-7534699), Andy (0168906486) atau Rain (0198666898). Maklumat berkaitan STR 2018 juga boleh diperolehi dalam laman Facebook rasmi Undergroun­d Runners Sibu.

Selain Sibu Tower Run, dua lagi larian ialah Dubai Tower Run dan Kuala Lumpur Tower Run. Oleh itu, kita di Sibu amat bertuah kerana adanya Wisma Sanyan yang membolehka­n kita menganjurk­an larian ini. Zamri Kiprawi Bujang Pengerusi penganjur

 ??  ??
 ??  ?? EDISI KEDUA: Zamri (lima kanan) bersama Rogayah (enam kiri), Wong (empat kiri) ketika mempromosi­kan Sibu Tower Run 2018.
EDISI KEDUA: Zamri (lima kanan) bersama Rogayah (enam kiri), Wong (empat kiri) ketika mempromosi­kan Sibu Tower Run 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia