Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi pendidikan bangunkan generasi gemilang: Rohani

-

SEBUYAU: Bidang pendidikan merupakan asas utama pembanguna­n dan kegemilang­an sesebuah negara, menurut Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, pada era ini, persaingan hidup memerlukan setiap warganegar­a memiliki tahap pendidikan yang tinggi agar menepati piawaian global seterusnya mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti global.

“Oleh itu, untuk memastikan anak-anak kita, masyarakat kita berada pada tahap global tersebut, inovasi dan pembanguna­n pendidikan sering diberi penekanan dari tahun ke tahun,” tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Beg Sekolah kepada 100 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Arus Iban, SK Bajong, SK Tebelu, SK Skitong dan SK Tungkah Melayu di SK Tebelu, Sebuyau dekat sini, semalam.

Katanya, kecemerlan­gan yang dicapai pelajar bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya tanpa bimbingan dan didikan guru.

Usaha gigih dan tekun para guru tidak boleh dianggap sebagai bidang pekerjaan sematamata kerana tugas mereka lebih daripada itu, tegas beliau.

“Bagi kita, guru ialah pengajar, tetapi sebenarnya, tugas mereka bukan setakat mengajar, merekalah orang yang mendidik anak-anak dengan kemahiran lain seperti bergaul, berkomunik­asi, nilai-nilai etika dan norma hidup bermasyara­kat agar anak-anak ini berjaya apabila keluar dari kawasan sekolah suatu hari nanti,” tegasnya.

Dalam pada itu katanya, usaha para guru dan pihak sekolah juga boleh menjadi kurang berkesan jika ibu bapa hanya menyerahka­n tanggungja­wab mendidik anak kepada guru semata-mata kerana ilmu pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi di sekolah memerlukan pengukuhan daripada ibu bapa dan persekitar­an rumah mereka.

“Sebenarnya, pihak ibu bapa mempunyai tanggungja­wab tersendiri dalam mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mengulang kaji pelajaran semasa di rumah, cukup keperluan asas, selamat dan selesa dalam semua aspek kehidupan.

“Anak-anak yang mendapat kasih sayang dan keperluan yang mencukupi bukan sahaja mampu menempa kejayaan dalam hidup mereka malah tidak mudah terjerumus dengan perkara-perkara tidak sihat seperti dadah, gam, lumba haram dan pelbagai gejala sosial yang lain,” tegasnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia