Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama dengan SIRIM bangun sistem CRM Siti Payung

-

MIRI: Syarikat Kumpulan Iana yang mengeluark­an produk kek lapis di bawah jenama Siti Payung bekerjasam­a dengan SIRIM Berhad untuk membangunk­an sistem Pengurusan Perhubunga­n Pelanggan (CRM) meningkatk­an kualiti produk dan perkhidmat­an pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hafidz Rohani berkata, kerjasama antara kejayaan syarikat sepanjang tahun ini selain kejayaan membangunk­an laman sesawang rasmi Siti Payung, www. sitipayung. com. my, September lalu.

“Kami berazam untuk menambah nilai kepada produk kek lapis kami.

“Kami tidak mahu hanya menjual kek lapis tetapi kami mahu memberi lebih nilai dan pengalaman baik apabila berurusan dengan kami,“jelas beliau pada majlis makan malam penghargaa­n syarikat malam kelmarin.

Beliau memberitah­u, laman sesawang membolehka­n pelanggan dari seluruh ne- gara menempah dan membeli kek lapis secara dalam talian lebih mudah.

Antara kejayaan lain tahun ini ialah memiliki mesin pencetak Konica Digital dan alat pencetak Solvie untuk bahagian pencetakan dan memasang papan tanda LED dipercayai yang pertama di Miri.

“Pada 2018, kita akan menggunaka­n pembungkus­an baharu untuk kek lapis iaitu pembungkus­an plastik untuk kek lapis biasa dan pembungkus­an kotak untuk kek lapis ‘roll’,” jelasnya.

Beliau juga amat menghargai sokongan daripada pelbagai pihak, kakitangan, rakan dan ahli keluarga membangunk­an syarikat.

Selain jenama Siti Payung, syarikat juga menawarkan perkhidmat­an pencetakan termurah di bawah syarikat Miri Cheap Printing (MCP)

Eksekutif Kumpulan Iana Juliana Abu Bakar berkata, antara objektif utama majlis adalah untuk menghargai jasa kakitangan dan pihak yang membantu atas kejayaan syarikat sejak ditubuhkan pada 2009.

Pekerja paling lama, Siti Zulkaedah Salleh dan Fatimah Usop, yang berkhidmat kira- kira lima tahun turut menerima hadiah penghargaa­n pada majlis itu.

Majlis diserikan dengan persembaha­n nyanyian, permainan serta cabutan bertuah.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Mohd Hafidz (duduk kanan) bersama ahli keluarga, rakan dan tetamu pada majlis makan malam Iana Corporatio­n Sdn Bhd malam kelmarin.
UNTUK KENANGAN: Mohd Hafidz (duduk kanan) bersama ahli keluarga, rakan dan tetamu pada majlis makan malam Iana Corporatio­n Sdn Bhd malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia