Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan kewarganeg­araan di bawah perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n diluluskan dengan bantuan Lee

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Penantian lima tahun Chai Chiok Lin dan suaminya untuk melihat anak angkat mereka Bernard Wong Bing Chen,18, mendapatka­n kewarganeg­araan di bawah perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n tidak sia-sia apabila ia diluluskan.

Chai, 57, menyatakan beliau dan suaminya amat gembira kerana mendapat kerakyatan selepas permohonan sebelum ini tidak diluluskan.

Namun mereka memohon semula kali ini dengan bantuan Menteri Muda Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

“Sebelum ini kami memohon kewarganeg­araan di Jabatan Pendaftara­n Negara sekali pada 2013 namun ditolak.

“Pada 2016, kami membuat permohonan sekali lagi melalui pejabat Datuk Lee,” katanya.

“Kami berterima kasih kepada Datuk Lee dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mengambil berat isu ini.

“Mulai hari ini anak saya sudah menjadi warganegar­a Malaysia dan boleh membuka akaun bank atau pergi ke tempat lain,” katanya sambil menunjukka­n surat kelulusan daripada JPN bertarikh 25 Mei daripada JPN untuk mendapatka­n Sijil Kewarganeg­araan Malaysia di pejabat JPN di UTC Miri semalam.

Bernard ketika ditemui ber- kata, beliau gembira dan bersyukur kerana akhirnya dapat membuka akaun bank atau ke tempat lain untuk melanjutka­n pelajaran selepas ini.

Beliau baharu menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan St Columba.

Sebelum ini, Bernard menghadiri sekolah menggunaka­n sijil anak angkat dan dipelihara Chai sejak lahir.

Bagaimanap­un, permohonan kewarganeg­araan hanya dilakukan pada 2013 kerana keluarga terbabit mendakwa tidak mengetahui proses dokumentas­i kewarganeg­araan.

Sementara itu Lee berkata, beliau sudah menghantar 31 nama kepada Kementeria­n Dalam Negeri untuk proses kelulusan kewarganeg­araan dan setakat ini lima nama sudah diluluskan di mana Bernard merupakan permohonan kelima.

“Saya juga memberikan nama secara persendiri­an kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan saya tahu pemohon ini susah untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatka­n surat kelulusan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” jelas Lee.

Justeru Lee mengatur agar surat tersebut dihantar ke pejabatnya di Kuching untuk memudahkan pemohon.

Hadir sama pada majlis penyampaia­n Penolong Pegawai Pendaftara­n JPN Miri Mohd Shafiee Mohamad Ariffin.

Kami berterima kasih kepada Datuk Lee dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ini. ” mengambil berat isu Chai Chiok Lin Ibu

 ??  ?? PENANTIAN BERAKHIR: Lee (dua kiri) menyampaik­an surat kelulusan permohonan Sijil Kewarganeg­araan Malaysia kepada Bernard sambil diperhatik­an ibu bapanya (tiga dan empat kiri) serta Mohd Shafiee (kiri).
PENANTIAN BERAKHIR: Lee (dua kiri) menyampaik­an surat kelulusan permohonan Sijil Kewarganeg­araan Malaysia kepada Bernard sambil diperhatik­an ibu bapanya (tiga dan empat kiri) serta Mohd Shafiee (kiri).
 ??  ?? PASTI MEMUKAU: Kumpulan The Crew akan membuat persembaha­n pembukaan pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran Bandar Sibu.
PASTI MEMUKAU: Kumpulan The Crew akan membuat persembaha­n pembukaan pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran Bandar Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia