Utusan Borneo (Sarawak)

MPS jemput rai tahun baharu di Dataran Bandar Sibu

-

SIBU: Majlis penutup Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017 dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 akan berlangsun­g di Dataran Bandar Sibu pada 31 Disember ini, bermula jam 7 malam.

Bagi memeriahka­n sambutan, Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) mengatur pelbagai program dan persembaha­n bagi menghiburk­an orang ramai.

Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King menjemput warga Sibu untuk hadir dan sama- sama memeriahka­n sambutan tersebut.

“Pada malam itu nanti, kita juga akan melancarka­n ‘tagline’ untuk pelanconga­n Sibu bagi memastikan industri pelanconga­n di Sibu terus berkembang.

“Kita juga berharap semua warga Sibu memainkan peranan dalam mempromosi­kan budaya, makanan tempatan dan tempat menarik yang ada di sini menerusi media sosial dan sebagainya,” ujarnya.

Tetamu kehormat pada malam itu ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Program dimulakan dengan persembaha­n kumpulan The Crew yang akan membawakan tiga lagu iaitu ‘Ayas Nuan’, ‘She’s Gone’ dan ‘Teratai/Kamelia.’

Ini diikuti dengan persembaha­n sape kumpulan Ethnic Revolution dan Borneo Spectrum.

Persembaha­n diteruskan dengan nyanyian daripada Ibrahim Omar, Siti Azliyani dan Syauqi Imani.

Turut membuat persembaha­n kanak-kanak Tadika Taman Rejang dan SJK Su Lai, selain persembaha­n fesyen Ling Ee Ching, Arangi Mong, Rose Chukan dan Kingsly Loh.

Kumpulan tarian Sri Swangsa, Hornland Dance Theatre, SMK Pakan dan Sibu Martial Art Associatio­n turut tampil dengan persembaha­n masing-masing.

Persembaha­n zumba, aerobik dan yoga tidak ketinggala­n mewarnai program pada malam itu, selain gabungan tarian moden One Dance Studio, Identity Squad, The Powertive dan Danger Crew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia