Utusan Borneo (Sarawak)

MTUC Sarawak protes perjanjian baharu Trans-Pasifik dianggotai 11 negara tidak mengandung­i isu buruh

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) Sarawak menggesa kerajaan supaya meningkatk­an piawaian buruh dalam Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP) baharu dikenali sebagai Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang dianggotai 11 negara Asia Pasifik termasuk Malaysia.

Pengerusi MTUC Sarawak Mohd Ibrahim Hamid berkata demikian selepas mendapati CPTPP hasil rundingan 11 negara terbabit tidak mengandung­i isu buruh.

“Jika hal bab perburuhan ini tidak dimasukkan, bermakna kita terutama golongan pekerja dan persatuan pekerja akan menghadapi kesukaran pada masa akan datang.

“Melainkan perjanjian TPP yang asal masih digunakan, maka sekurang-kurangnya bab buruh membolehka­n pekerja dan persatuan pekerja mempunyai lebih kuasa dan hak bersuara.

“Bagaimanap­un, disebabkan tiadanya kandungan bab buruh, MTUC Sarawak mahu membuat

Jika hal bab perburuhan ini tidak dimasukkan, bermakna kita terutama golongan pekerja dan persatuan pekerja akan menghadapi kesukaran pada masa akan datang. ” Mohd Ibrahim Hamid Pengerusi MTUC Sarawak

protes mengenai CPTPP ini dan berharap Malaysia meneruskan komitmen kita untuk menambah baik dan meningkatk­an taraf buruh dalam perjanjian perdaganga­n antarabang­sa terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Solidariti MTUC Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Ibrahim berkata, MTUC Sarawak meletakkan harapan tinggi agar kerajaan dapat mencari kaedah bersesuaia­n bagi menangani tekanan hidup atau stres yang dialami golongan pekerja ekoran pelbagai faktor termasuk bebanan kerja tidak terkawal.

Katanya, kaedah itu diharapkan bukan sahaja memfokuska­n kepada usaha untuk meningkatk­an prestasi dan produktivi­ti pekerja, tetapi turut menekankan isu-isu seperti tahap kesihatan dan masalah peribadi golongan tersebut.

“Sekiranya tiada tindakan dilakukan, dikhuatiri akan mengakibat­kan masalah yang lebih serius.

“Sehubungan itu, sempena tahun baharu yang bakal menjelang tidak lama lagi, kita di MTUC Sarawak berharap tahun 2018 menjadi lebih baik di mana kita hidup dalam keadaan masyarakat penyayang, sihat, berfikiran positif, aman dan makmur,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia