Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bebas daripada tuduhan membunuh kerana tidak waras

Tertuduh tidak berupaya memahami akibat setiap perbuatann­ya

-

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepaskan dan membebaska­n seorang juruwang kafe siber daripada tuduhan membunuh pelanggann­ya selepas mendapati lelaki itu tidak waras semasa melakukan perbuatan itu lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanap­un memerintah­kan Yip Chun Hoong, 33, dihantar menjalani rawatan pemulihan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak, selama tempoh yang diperkenan­kan oleh Sultan Selangor.

Yip didakwa membunuh Choong Yong Kit, 20, di Kedai Speed Chat Internet Cafe di Pandan Indah, Ampang dekat sini, antara jam 4 petang hingga 5.30 petang pada 11 Mac 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori,

Ketidakwar­asan tertuduh juga nampak jelas melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, di mana terdapat slot rakaman menunjukka­n tertuduh dilihat seperti orang meracau dan melakukan tikaman bertubi-tubi sekurang-kurangnya lima kali ke arah kerusi yang tidak diduduki orang.

jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pembelaan yang diwakili peguam Mah Kah Keong mengemukak­an dua saksi iaitu tertuduh dan seorang pakar psikiatri sementara pendakwaan yang dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar mengemukak­an seramai 22 saksi.

Dalam penghakima­n- nya, Hakim Abdul Halim berkata sebanyak 10 isu dibangkitk­an di peringkat pembelaan termasuk tertuduh mengakui menikam mangsa, tikaman dilakukan atas arahan suara seorang perempuan ghaib, tiada salah faham antara tertuduh dan mangsa serta pelakuan tertuduh yang dikatakan tidak waras sejak lima bulan sebelum kejadian.

Selepas meneliti kesemua keterangan saksi dan 83 barang kes yang dikemukaka­n di mahkamah, beliau mendapati tertuduh tidak bersalah membunuh mangsa berikutan ketidakwar­asan yang menyebabka­n dia tidak berupaya memahami akibat setiap perbuatann­ya termasuk ketika tikaman dilakukan.

“Ketidakwar­asan tertuduh juga nampak jelas melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, di mana terdapat slot rakaman menunjukka­n tertuduh dilihat seperti orang meracau dan melakukan tikaman bertubi-tubi sekurang-kurangnya lima kali ke arah kerusi yang tidak diduduki orang.

“Terdapat juga slot rakaman di mana mangsa kemudian dilihat memasuki premis berkenaan serta duduk di kerusi sama dan tertuduh dilihat pergi ke belakang premis lalu datang semula ke depan dengan sebilah pisau serta menikam mangsa.

“Selain itu, ada rakaman menunjukka­n tertuduh berjalan terhuyung-hayang walaupun bersendiri­an di dalam premis tersebut,” katanya.

Hakim Abdul Halim berkata, walaupun keterangan mencukupi untuk membuktika­n tertuduh telah menyebabka­n kematian mangsa, namun tertuduh perlu dibebaskan mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan dan Seksyen 347 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) disebabkan ketidakwar­asannya.

Sehubungan itu, beliau mengeluark­an perintah mengikut Seksyen 348 (1) KPJ supaya tertuduh ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani rawatan pemulihan mental selain menjauhkan dirinya daripada mendatangk­an bahaya kepada orang lain. — Bernama

Datuk Abdul Halim Aman Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia