Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Penuntut warga Nigeria terlepas daripada hukuman mati

-

SHAH ALAM: Seorang penuntut sebuah kolej universiti swasta warga Nigeria terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaska­nnya daripada tuduhan mengedar dadah kanabis seberat 21,017 gram, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Iwu Christophe­r Chinedu, 30, berjaya menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Mentari Court Apartment, Jalan PJS 8/9 dekat sini, kira-kira jam 9.20 malam pada 9 Mei 2015 dan dibicaraka­n mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, Chinedu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dadah itu ditemukan di dalam mesin basuh baju di apartmen berkenaan yang disewakan oleh tertuduh untuk rakannya.

Sepanjang perbicaraa­n bermula 21 Ogos lepas, pembelaan yang diwakili peguam Datuk N. Sivanantha­n mengemukak­an seorang saksi manakala pendakwaan yang dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar memanggil seramai 13 saksi.

Hakim Abdul Halim dalam penghakima­nnya berkata, beliau memutuskan untuk melepas dan membebaska­n Chinedu selepas mendapati pembelaan tertuduh tidak terjumlah kepada afterthoug­ht (difikirkan semula) serta jauh sekali daripada bersifat penafian.

Beliau berkata keterangan yang diberikan penuntut Diploma Pentadbira­n Perniagaan (Business Administra­tion) itu juga boleh dipercayai dan konsisten dengan percakapan beramarann­ya yang direkodkan semasa siasatan.

“Tertuduh berjaya buktikan bahawa dia tiada pengetahua­n dan kawalan ke atas dadah tersebut serta tidak mempunyai pemilikan eksklusif ke atasnya.

“Mahkamah turut mengambil kira kegagalan (pihak polis) memantau pergerakan keluar dan masuk di tempat kejadian dalam jarak masa 25 minit (sebelum serbuan). Jika ada pergerakan keluar masuk berlaku itu tidak akan dapat dinafikan…pelbagai kemungkina­n boleh berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia