Utusan Borneo (Sarawak)

Dua remaja didakwa bunuh budak perempuan 14 tahun

-

TEMERLOH: Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dua bulan lepas.

Zamirul Aliff Mohd Zaki, 19, dan seorang lagi remaja berusia 15 tahun mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Tiada pengakuan direkodkan kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh Nur Amira Abdullah di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera antara jam 1.10 pagi hingga 3.30 petang, 25 Oktober lalu.

Mereka yang berasal dari Bera, dekat sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Najwa menetapkan sebutan semula kes pada 24 Jan selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa memaklumka­n pihaknya masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh yang merupakan pelajar sekolah dan penuntut sebuah kolej tidak diwakili peguam pada prosiding itu. Kedua-dua mereka ditangkap pada 18 Disember.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan sebelum ini mengesahka­n mayat Nur Amira ditemui orang awam dalam keadaan terapung di Sungai Triang pada jam 3.30 petang, 26 Oktober.

Nur Amira dilaporkan tidak bersekolah.

Mayat mangsa ditemui dengan banyak kesan luka tikaman di dada, abdomen, belakang badan, tangan dan kaki. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang pemilik restoran makanan ikan air tawar semalam didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas tujuh pertuduhan mengemukak­an invois penjualan makanan palsu kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), dua tahun lepas.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhi hukuman itu ke atas Kamarul Ariffin Hamzah, 41, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Wan Mohd Norhisham dalam penghakima­nnya berkata, Kamarul Ariffin sepatutnya mempunyai rekod lengkap apatah lagi sudah 20 tahun berpengala­man dalam bidang perniagaan.

“OKS juga tidak menge- mukakan rekod invois yang boleh menyokong keterangan pembelaann­ya,” kata hakim itu yang memerintah­kan OKS menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

OKS membayar berkenaan.

Mengikut kesemua pertuduhan, Kamarul Ariffin selaku pemilik Exotic Fish River Restaurant didakwa mengemukak­an invois palsu kepada penolong pengarah KPDNKK di Bahagian Penguat Kuasa, Aras 2, KPDNKK, Persiaran Perdana, Putrajaya, pada 25 Nov 2015.

Dia dituduh mengikut Seksyen 26 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(b) akta serupa, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. — Bernama denda

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMBUNUH: Dua remaja dibawa anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dua bulan lepas di Temerloh.
— Gambar Bernama MEMBUNUH: Dua remaja dibawa anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dua bulan lepas di Temerloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia