Utusan Borneo (Sarawak)

Penamaan KWSP, ramai ‘serah kepada majikan’

-

KUCHING: Jika ditanya kepada mana-mana pekerja mengenai simpanan hari tua KWSP, kebanyakan­nya sedar mengenai peri pentingnya untuk menamakan penerima atau wasi bagi caruman mereka andai ditakdirka­n mereka ‘pergi’ sebelum hari tua, malah ramai menganggap ia sebagai ‘tanggungja­wab penting.’

Namun apabila unsur seperti polisi, terma, peraturan dan sebagainya diutarakan, tidak ramai dapat memberikan jawapan yang tepat, sebaliknya ramai menganggap ia perkara enteng yang jarangjara­ng sekali didengar apa-apa masalah mengenainy­a.

Muhammad Elyias Omar, 30, perancang kewangan sebuah bank di sini, mengakui kenyataan ini kerana dalam tugasan hariannya, beliau perlu tahu mengenai selok belok pengurusan kewangan dan menurutnya beliau faham benar bahawa ramai yang ditemui mengambil mudah berkaitan soal penama KWSP.

Malah, beliau sendiri sedar mengenai pentingnya soal penamaan selepas diberi taklimat semasa baharu memulakan tugas di bank itu kirakira tujuh tahun lalu, selepas taklimat beliau terus ke pejabat KWSP untuk menguruska­n segalanya, termasuk soal penama.

Muhammad Elyias berkata, usaha KWSP untuk mengukuhka­n lagi pemahaman ahli dan penama mengenai tanggungja­wab masing- masing dalam membahagik­an harta harus dipuji, malah ia perlu ditingkatk­an lagi.

Beliau berkata, ada juga individu yang ditemui langsung tidak ambil tahu mengenai perkara itu, sebaliknya menyerahka­n segalanya kepada majikan, atau lebih tepat lagi bahagian Sumber Manusia, untuk menguruska­nnya.

“Ramai tidak mengambil berat mengenai perkara ini kerana jarang-jarang sekali masalah mengenainy­a dide- ngar, kerana bagi mereka soal ini ‘tidak kena pada mereka’, tetapi percayalah ia adalah tanggungja­wab, perlu diambil tahu, sentiasa dikemas kini di pejabat KWSP dan kemungkina­n masalah timbul kepada waris pencarum tidak boleh dinafikan terus begitu sahaja,” katanya.

Bagi Muhamad Fitri Othman, 38, pula semasa dihubungi berkata segalanya diserahkan kepada bahagian Sumber Manusia di kilangnya bekerja, kerana menurutnya adalah menjadi tanggungja­wab majikan untuk mengendali­kan perkara itu.

Katanya, apabila menyambut kelahiran baharu, beliau tidak lupa untuk memaklumka­n kepada bahagian Sumber Manusia mengenainy­a, dan ketika itu beliau akan diberi borang untuk menamakan bahagian buat warisnya.

Muhamad Fitri berkata pada borang itu beliau dikehendak­i menamakan waris-warisnya, di samping peratusan yang diperuntuk­kan kepada isteri dan anak-anaknya.

Sementara itu seorang lagi pencarum yang dihubungi, Hanaliza Mohd Hassan, 31, berkata beliau faham bahawa hingga kini selepas 16 tahun bekerja, beliau masih belum menamakan penama, dengan alasan ‘tidak ada kelapangan’ untuk ke pejabat KWSP

Beliau yang mempunyai seorang anak yang berumur tujuh tahun berkata, beliau tidak melihat soal penamaan itu sebagai isu besar dan setakat ini beliau belum mendengar isu itu menjadi masalah besar kepada sesiapa.

Presiden Persatuan Kewangan Islam dan Pengurusan Harta Malaysia (AIFiWM) Rohani Mohd Shahir ketika dirujuk mengenai perkara itu berkata pencarum sendiri perlu mengambil berat soal penama dan pergi sendiri ke pejabat KWSP untuk sentiasa ‘ambil tahu’ mengenainy­a, kerana persoalan itu sebenarnya ‘ bukan berkaitan majikan.’ — Bernama

 ??  ?? ENAK: Raffiee membuka dan menunjukka­n durian varieti D168 yang dijual di gerainya di Kuching, semalam.
ENAK: Raffiee membuka dan menunjukka­n durian varieti D168 yang dijual di gerainya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia