Utusan Borneo (Sarawak)

Berbelanja ratusan ringgit bukan penghalang bagi peminat tegar menikmati durian

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Apabila tiba sahaja musim durian, masyarakat tidak kira tua atau muda dan berbeza bangsa serta agama pasti teruja untuk menikmatin­ya.

Sesetengah orang mungkin tidak meminati raja segala buah ini, tetapi bagi yang amat meminatiny­a, harga walaupun beratus-ratus ringgit bukanlah penghalang.

Mohd Raffiee Safiri, 30, seorang penjual buah tempatan berkata, antara kegemaran pembeli adalah durian varieti Raja Kunyit, yang juga dikenali sebagai D197 atau Musang King.

Durian varieti Raja Kunyit atau nama saintifikn­ya (Durian Ziberthinu­s Linn) mempunyai isi berwarna kuning sempurna dengan tekstur lunak tetapi berbiji nipis.

“Kami mula menjual buah bermusim seperti dabai, rambutan dan durian sejak Ogos lepas, dan biasanya kami berjual seawal 9 pagi sehingga lewat malam.

“Ini istimewa buat peminat durian, kerana kita ada harga lelong selepas jam 7 malam sehingga 12 tengah malam iaitu sekitar empat sehingga tujuh biji mengikut saiz pada harga RM10 sahaja,” katanya lanjut.

“Kita ada durian varieti Raja Kunyit, D168, Musang King, Matong dan Kampung yang diperoleh dari kawasan Padawan dan Serian,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Bagaimanap­un, kata Raffiee, durian Musang King masih dijual pada harga RM70 sebiji, manakala durian bersaiz besar berharga antara RM6 sehingga RM45 sebiji.

Beliau menjangka musim durian akan berakhir pertengaha­n Februari depan.

Ketika ditanya sama ada longgokan yang begitu banyak buah tersebut habis terjual dalam masa sehari, beliau menjawab selamba: “Semua habis.”

Menurutnya, tidak ada istilah persaingan dalam penjualan buah bermusim itu kerana durian sentiasa laris.

Ini istimewa buat peminat durian, kerana kita ada harga lelong selepas jam 7 malam sehingga 12 tengah malam iaitu sekitar empat sehingga tujuh biji mengikut

sahaja.” saiz pada harga RM10 Mohd Raffiee Safiri Penjual buah tempatan

 ??  ?? BERKERUMUN: Para pelanggan membeli buah durian di Kuching, semalam.
BERKERUMUN: Para pelanggan membeli buah durian di Kuching, semalam.
 ??  ?? MANFAATKAN: Teng (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Augustine Lim sambil disaksikan tetamu lain.
MANFAATKAN: Teng (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Augustine Lim sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia