Utusan Borneo (Sarawak)

Kemukakan aduan jika harga barangan sekolah tidak berpatutan

-

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mendapati barangan sekolah dijual dengan harga tidak berpatutan boleh membuat aduan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an untuk tindakan seterusnya.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata mana-mana pihak yang melakukan kesalahan membuat keuntungan tinggi yang tidak munasabah, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Penjual jangan cuba ambil peluang untuk mencabar akta sedia ada. Pada masa sama diharapkan koperasi sekolah menjual peralatan dengan harga berpatutan. Untung itu jangan ambil lebih,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek Pertanding­an Fotografi GoCare Charity di sini, semalam.

Kelmarin, Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP) dilaporkan berkata harga kelengkapa­n sekolah meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam pada itu, Chong berkata kerajaan akan meneruskan bantuan awal persekolah­an 1Malaysia sebanyak RM100 seorang pada tahun hadapan.

Pertanding­an anjuran Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) itu bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia ( NASOM) dan PAWS Animal Welfare Society (PAWS).

Individu berminat menyertai pertanding­an ini boleh mengambil foto bertemakan ‘Loving, Caring, Sharing Malaysia’ dan memuat naiknya dalam laman Facebook dengan hashtag #GoCareChar­ityPhotogr­aphy, sebelum 25 Feb tahun hadapan. — Bernama KUCHING: Kerajaan perlu menunjukka­n bukti hasil rundingan berhubung isu hak autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pending Violet Yong berkata, sehingga kini beliau mendakwa tiada bukti yang dapat dilihat menerusi jawatankua­sa khas rundingan MA63 yang telah ditubuhkan.

Justeru, katanya, semua pemimpin Barisan Nasional (BN) sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n digesa untuk ‘berhenti’ memainkan isu autonomi Sarawak.

“Ketua Menteri Abang Johari Tun Abang Openg mendakwa memiliki set dokumen (berkaitan pembentuka­n Malaysia) yang lengkap, tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa pun pendedahan daripada dokumen tersebut.

“Kami, warga Sarawak masih dalam keadaan tanda tanya apa yang mereka (pasukan khas) peroleh semasa lawatan ke London,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Violet turut mempersoal­kan mengapa BN Negeri mengemukak­an dokumen yang mereka peroleh dari London ke peringkat persekutua­n semasa majlis penutupan Persidanga­n Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sarawak ( SUPP) Ke-24 yang diadakan barubaru ini.

“Ini sekali gus membuktika­n bahawa apa jua maklumat yang diperoleh pasukan Abang Johari di London adalah tidak lengkap, sama ada ini hanya tujuan untuk menunjuk atau propaganda politik semata- mata,” katanya.

Violet mendakwa BN telah memainkan isu autonomi negeri hanya untuk membangkit­kan sentimen rakyat serta mengeliruk­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia