Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa pesakit kanser tahap empat, mengadu tidak mahu hidup lagi

-

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dipercayai mencekik anak perempuann­ya sehingga mati sebelum bertindak mengantung diri di kediaman mereka di Taman Skudai Indah, Skudai, di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Beh Eng Lai berkata J. Sumathi, 45, ditemui tergantung di dalam bilik gim di tingkat bawah rumah dua tingkat itu manakala anak perempuann­ya K. Arthhinee, 10, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas.

Kedua-duanya ditemui oleh suami Sumathi, T. Krishaku- mar dan dua lagi anak mereka pada 9.59 malam, katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurut Beh ketika kejadian, suami mangsa berada di tempat kerja manakala dua anak mereka keluar membeli peralatan sekolah di sebuah pusat beli-belah di Tampoi.

Setibanya di rumah, mereka mendapati pintu rumah berkunci dan suami mangsa menggunaka­n kunci pendua untuk membuka pintu sebelum menemui mayat isteri dan anak bongsunya itu.

“Pihak hospital yang tiba di lokasi mengesahka­n mangsa telah meninggal tiga jam lalu akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap si mati,” kata Beh.

Beliau berkata siasatan mendapati Sumathi merupakan pesakit kanser tahap empat dan sering mengadu tidak mahu hidup lagi kepada keluargany­a.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut (SDR). — Bernama

Pihak hospital yang tiba di lokasi mengesahka­n mangsa telah meninggal tiga jam lalu akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap si mati. Supt Beh Eng Lai Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia