Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan lelaki geng pecah kilang, buru tiga rakannya

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menangkap seorang lelaki yang sedang mencuri batang besi paip di sebuah kilang di Jalan Perusahaan 1, Perai dekat sini kelmarin dan kini memburu tiga lagi rakan subahatnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki tersebut dipercayai anggota geng pecah kilang yang terlibat dalam sekurangku­rangnya 10 kes di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.

“Pada 5.20 petang semalam ( kelmarin) polis menerima maklumat mengenai beberapa individu menceroboh serta mencuri di dalam kilang itu dan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah bergegas ke premis tersebut.

“Mereka berjaya menangkap suspek yang baru sahaja selesai memotong sebatang besi paip di dinding luar belakang kilang dan pemeriksaa­n lanjut mendapati tiga lagi lelaki dipercayai rakan suspek telah melarikan diri melalui pagar yang mereka pecahkan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata polis mer- ampas gergaji besi, beg galas, gunting, kikir besi, gelung besi tembaga, pemotong besi, playar dan pemutar skru daripada suspek berusia 35 tahun tersebut.

“Lelaki yang ditahan itu mempunyai dua rekod lampau dan polis juga telah kenal pasti identiti tiga lagi rakannya serta usaha mengesan mereka giat dijalankan. Suspek yang ditahan itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas perkembang­an lain, Nik Ros Azhan berkata mayat lelaki warga emas yang ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian serta berulat di dalam sebuah rumah di Jalan Haji Sulaiman, Berapit di sini pada jam 6.25 petang kelmarin mungkin mangsa bunuh.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa membuat laporan polis pada 21 Disember lepas mendakwa disamun oleh seorang lelaki dikenaliny­a.

“Ekoran penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia