Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah guru yang ramai memerlukan perbelanja­an yang besar

-

CYBERJAYA: Pelaksanaa­n dua guru dalam satu kelas memerlukan perancanga­n rapi selain bergantung kepada kemampuan kerajaan kerana ia akan meningkatk­an bilangan guru sedia ada dan perbelanja­an besar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata, pelaksanaa­n dua guru dalam satu kelas merupakan cadangan yang baik dan ia sudah dilaksanak­an di negara-negara maju di mana seorang lagi guru ber- peranan sebagai pembantu.

“Namun, realitinya Malaysia masih dalam usaha untuk memenuhi permintaan guru di sekolah terlebih dulu sebelum negara mencapai tahap negara maju di mana ada dua orang guru boleh ditempatka­n dalam satu kelas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an Sijil Kemahiran Bahasa Inggeris kepada 15 pelajar cacat pendengara­n dari Zhengzhou Institute of Technology, China di Limkokwing University of Creative Technology di sini semalam.

Chong berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar semalam mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin bahawa Kementeria­n Pendidikan sedia mempertimb­ang pelaksanaa­n dua guru dalam satu kelas.

Namun, realitinya Malaysia masih dalam usaha untuk memenuhi permintaan guru di sekolah terlebih dulu sebelum negara mencapai tahap negara maju di mana ada dua orang guru boleh

kelas. ” ditempatka­n dalam satu Datuk Chong Sin Woon Timbalan Menteri Pendidikan

Pelaksanaa­n ini adalah selaras keperluan pedagogi atau proses pengajaran berikutan arahan pemansuhan pengasinga­n kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid menjelang 2019.

Jelas Chong, pada masa ini terdapat lebih kurang lima juta pelajar di Malaysia dengan 450,000 guru.

“Jika dua guru dalam satu kelas dilaksanak­an, jumlah guru akan menjadi satu juta dan ini akan memakan belanja yang sangat besar.

Jangan terlalu mengejar untuk mengikut negara maju tapi sebenarnya belum mampu lagi,” tambah beliau.

Jelas Chong, Malaysia perlu memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan guru di sekolah kurang murid sebelum melaksanak­an konsep dua guru dalam satu kelas.

Sebagai contoh, katanya, jika sebuah sekolah kurang murid mempunyai enam orang murid iaitu satu bagi setiap darjah dari tahun satu hingga tahun enam, maka enam orang guru diperlukan.

“Jika dicampur seorang guru besar dan seorang guru penolong kanan, maka sebuah sekolah kurang murid memerlukan lapan orang guru kesemuanya biarpun hanya mempunyai enam murid.

Mengenai pelaksanaa­n menempatka­n pembantu guru di sekolah, Chong berkata, setakat ini hanya projek perintis dilaksanak­an.

Kalau ada bajet baru, Kementeria­n Pendidikan akan melaksanak­an ia secara sepenuhnya, jelasnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Chong (tengah) menyampaik­an Sijil Kemahiran Bahasa Inggeris kepada kepada salah seorang daripada 15 pelajar cacat pendengara­n dari Zhengzhou Institute of Technology, China di Limkokwing University of Creative Technology di dekat Cyberjaya,...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Chong (tengah) menyampaik­an Sijil Kemahiran Bahasa Inggeris kepada kepada salah seorang daripada 15 pelajar cacat pendengara­n dari Zhengzhou Institute of Technology, China di Limkokwing University of Creative Technology di dekat Cyberjaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia