Utusan Borneo (Sarawak)

Akta AKSEM mampu kekang masalah penyeludup­an, perkukuh kawalan sempadan

-

BUKIT KAYU HITAM: Penguatkua­saan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 yang bermula semalam mampu membantu agensi itu menutup ruang untuk penyeludup dan penjenayah rentas sempadan melakukan aktiviti mereka sekali gus mengukuhka­n kawalan sempadan negara.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, ia melalui peluasan kuasa AKSEM bagi melaksanak­an kawalan di kawasan sempadan darat negara yang sering menjadi lokasi bagi penjenayah menjalanka­n aktiviti tidak sihat terutamany­a penyeludup­an.

“Selama ini, pintu keluar masuk ini yang turut mempunyai kawasan bebas cukai memberi banyak ruang untuk penjenayah dan penyeludup mengaut keuntungan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Kementeria­n Dalam Negeri mengumumka­n penguatkua­saan akta tersebut yang bermula se- malam, berdasarka­n subseksyen 1 (2) Akta AKSEM 2017 yang membolehka­n AKSEM melaksanak­an operasi sehingga ke sempadan darat negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan tersebut, agensi yang membentuk AKSEM melibatkan keanggotaa­n daripada lima agensi sedia ada iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf Tembakau Negara.

Beliau yang juga anggota jawatankua­sa peringkat tinggi mengenai Keselamata­n dan Kawalan Sempadan Negara berkata, sebelum ini AKSEM tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kesalahan selagi mereka tidak melepasi pemeriksaa­n Kastam dan Imigresen di pintu masuk negara.

“Bagaimanap­un, melalui akta ini, AKSEM boleh melakukan pemeriksaa­an sehingga ke garis kawasan sem- padan negara dan sekali gus boleh mengambil tindakan undang- undang terhadap penjenayah,” katanya.

Sementara itu, Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam ASP Mohd Khairi Abdullah yang menyambut baik penguatkua­saan akta baharu itu berkata pihaknya akan terus menjalanka­n kerja mereka seperti biasa dalam mengekang penyeludup­an.

“Selain tugas AKSEM bukan sahaja tertumpu di pintu sempadan negara kerana jika kita mendapat maklumat terdapat aktiviti penyeludup­an di tempat lain seperti barang penyeludup­an berada di Alor Setar, kita juga boleh melakukan serbuan dan merampasny­a.

AKSEM akan terus mencegah aktiviti penyeludup­an ini di samping dalam masa sama menjalin kerjasama dengan agensi lain seperti Imigresen dan Kastam di mana apabila ada tangkapan membabitka­n agensi terbabit, AKSEM akan menyerahka­n kepada mereka untuk tindakan selanjutny­a,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia