Utusan Borneo (Sarawak)

Penggajian pembantu rumah asing dalam talian diproses lapan hari

-

PUTRAJAYA: Proses penggajian pembantu rumah asing (PRA) dalam talian melalui Sistem Maid Online (SMO) akan mengambil masa seawal lapan hari sahaja, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Bermula 1 Januari depan, beliau berkata majikan boleh mengemukak­an permohonan dalam talian melalui SMO (http://maid-online.imi.gov. my/maid/main) untuk mengambil pembantu rumah dari sembilan negara sumber iaitu Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.

Bagi pihak majikan, beliau berkata proses akan bermula dengan daftar masuk, pendaftara­n majikan dan PRA serta mengemukak­an keputusan pemeriksaa­n kesihatan (FOMEMA) yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga hari.

“Selepas menerima permohonan daripada pihak majikan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengambil masa sekurang- kurangnya lima hari untuk semakan dokumen, kelulusan, bayaran dan cetakan Pas Lawatan Kerja Sementara,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Mustafar berkata SMO merupakan sistem yang cepat, tepat dan jimat kos dengan ia dapat membasmi penyertaan ejen berikutan majikan yang akan memasukkan maklumat sendiri dan PRA dengan satu kata laluan.

Selain itu, katanya, kos penggajian PRA adalah jauh lebih rendah iaitu RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini.

“Kerajaan yakin sistem ini akan meningkatk­an tahap produktivi­ti, mengurangk­an tanggungan kos berkaitan rumah tangga dan penjagaan anak-anak.

“Selain itu, ia menggalakk­an penyertaan isi rumah khususnya golongan B40 dalam pasaran pekerjaan negara, sekali gus meningkatk­an penjanaan pendapatan dan taraf hidup isi rumah,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang­kan Bajet 2018 mengumumka­n bahawa kerajaan membenarka­n majikan memohon PRA secara terus dalam talian bermula 1 Januari 2018.

Mustafar menjelaska­n antara syarat kelayakan majikan adalah majikan mesti terdiri daripada suami isteri yang mempunyai anak berumur di bawah 15 tahun yang memerlukan jagaan dan perhatian, anak kelainan upaya (tanpa had umur), majikan atau isteri yang sakit/ uzur atau ibu bapa yang uzur.

“Majikan yang terdiri daripada suami isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa,” katanya.

Mustafar berkata antara syarat kelayakan PRA pula mereka mestilah berada dalam negara atas Pas Lawatan Sosial yang sah dan tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara yang aktif dengan majikan lain.

Beliau berkata PRA yang tinggal lebih masa di Malaysia bermula 1 Januari hingga 31 Disember atas Pas Lawatan Sosial sahaja yang layak untuk memohon namun permohonan hanya akan dibuka untuk tempoh enam bulan sahaja iaitu 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH: Mustafar menunjukka­n prosedur permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara online ketika sidang media mengenai permohonan pengambila­n pembantu rumah asing secara terus oleh majikan di Jabatan Imigresen Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama MUDAH: Mustafar menunjukka­n prosedur permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara online ketika sidang media mengenai permohonan pengambila­n pembantu rumah asing secara terus oleh majikan di Jabatan Imigresen Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia